Wednesday, April 1, 2009

PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS TUAN RUMAH KONVENSYEN PROGRAM USHAWAN MUDA (PUM) PERINGKAT NASIONAL KE-13 TAHUN 2009 (29HB MEI - 1HB JUN)

Kangar, Perlis - Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENP's) telah dipilih selaku tuan rumah Konvensyen Program Usahawan Muda Peringkat Nasional ke-13, 2009 yang akan diadakan pada 29hb Mei hingga 1hb Jun dengan UiTM Cawangan Arau, Perlis selaku pusat perkampongan kontingen kali ini. Untuk tujuan itu PKENP's kini sedang giat mengatur dan membuat persiapan rapi bagi memastikan penganjuran kali ini berjalan lancar dan mengharapkan yang terbaik pernah dianjurkan setakat ini. Bagi memastikan hasrat itu mampu dicapai, pihak PKENP's telah mengambil pendekatan dengan memanggil kesemua wakil PKEN negeri-negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia, Mara dan INSKEN membincangkan bersama, mendengar permasalahan dan memperbaiki bagi tujuan penambahbaikan agar program kali ini mampu dikendalikan dengan jayanya. Untuk itu sebagai langkah awal satu Mesyuarat Jawatankuasa Kerja telah diadakan di Bilik Gerakan Undangan Negeri Kangar pada 17hb Mac, 2009.

Antara agenda penting yang menjadi tumpuan ialah tentang penganjuran, menubuhkan dan melantik pelbagai jawatankuasa serta memastikan aturcara program berjalan lancar selama empat hari bakal melibatkan kehadiran lebih 1,000 pelajar dari seluruh negara. Kesemua wakil PKEN negeri juga turut melawat tempatpenginapan, dewan makan dan venue pertandingan disamping diberi taklimat tentang lokasi dan kemudahan yang bakal disediakan oleh pihak UiTM Cawangan Arau, Perlis. Antara acara menarik bakal menanti peserta program kali ini ialah kesudian Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis untuk melakukan upacara perasmian penutup dan jamuan makan malam bagi memeriahkan lagi majlis kali ini sempena bulan keputeraan DYMM Raja Perlis.

Sumber: Blog PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN MUDA PKNNS
http://pumpknns.blogspot.com/

2 comments:

  1. menarik..menarik
    Perlis jadi tuan rumah...
    nak minta en hasnan amik sy jd fasi or urusetia..heE
    kalau x pun jd usher je....
    :-)

    ReplyDelete
  2. Boleh, sape saje yang berminat untuk membantu dialu-alukan...

    ReplyDelete