Saturday, April 11, 2009

Ke Mana Perginya INSKEN ?



Selepas pengistiharan kabinet baru oleh Perdana Menteri, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) tidak lagi kelihatan. Ada rasa sedih dan ada juga rasa kecelaruan. Rombakan baru yang dilaksanakan tentu memerlukan sedikit masa bagi pihak yang tertentu untuk menempatkan agensi-agensi dibawah kementerian sebelum ini ke kementerian lain pula. Begitulah juga nasib INSKEN - Institut Keusahawanan Negara yang telah banyak menabur budi membudayakan keusahawanan kepada pelajar sejak dari bangku sekolah lagi. Ramai yang telah mendapat maanfaatnya. Cuma belum ada mana-mana pihak berpeluang untuk mengumpulkan bekas-bekas ahli yang telah mengikuti Program Usahawan Muda atau lebih popular PUM ini. Almaklumlah sudah masuk 13 tahun diadakan konvensyen nasional, tentunya ramai yang sudah menjadi usahawan yang berjaya dalam berbagai bidang diseluruh negara. Ada baiknya bekas-bekas pelajar yang pernah mengikuti PUM bergabung mewujudkan alumini PUM supaya networking yang telah terjalin mempunyai kelansungan. Platform ini telah lama disarankan oleh berbagai pihak, tetapi masih belum membuahkan hasilnya. Apa kata bekas-bekas pelajar PUM Perlis cuba mendahului? Usah bimbang samada perniagaan yang diusahakan kecil atau besar. Paling penting semangat untuk bersama-sama membangunkan ekonomi dan mengisi ruang lompong dalam perniagaan dan perusahaan yang masih belum diceburi atau tidak cukup bilangan pengusahanya. Peluang kan! Kalau dah berusaha, sudah tentu nanti ada jalan dan ada pihak-pihak yang akan membantu memudahkan segalanya. Lebih-lebih lagi apa yang diusahakan ini menepati jalan yang disukai oleh pencipta. Halalan Toiyiba!!! Benar lah bahawa 9/10 sumber rezeki dari perniagaan, sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah SAW.

Apa pun usaha mulia membudayakan keusahawanan ini perlu diteruskan !


No comments:

Post a Comment