Tuesday, June 3, 2008

Konvensyen Nasional PUM 2008

Kontijen Perlis 2008


Prodigy M Sdn. Bhd.

Zalzalatul Maad Sdn. Bhd. ( Johan Nasional Kategori Perkhidmatan)

Bashashah Corporation. Sdn. Bhd. (Naib Johan Nasional Kategori Produk)


Tahniah Perlis!!!

Berjaya dalam tiga kategori:-
1. Pertama - SM(A) AL MAAD, Arau - Kategori Perkhidmatan. Tahniah berjaya mengekalkan
prestasi di kategori yang sama.
2. Kedua - SM(A) MATRI, Beseri - Kategori Produk Kreatif
3. Ketiga - SM(A) AL MAAD, Arau - Kategori Guru Pembimbing
Kontinjen Perlis Boleh.......

Bengkel Latihan Pusat Kontingen Perlis


Para pemenang-pemenang di Konvensyen PUM Negeri Perlis telah dipanggil turun membuat latihan dan persiapan bagi menghadapi Konvensyen Nasional. Seramai 20 orang pelajar dari sekolah SM Agama (P) Kangar dan SM Agama AlMaad Arau telah memberi komitmen dibawah tunjuk ajar dan bimbingan guru masing-masing. Bengkel ini memberi penekanan terhadap pembinaan kepimpinan, keterampilan dan semangat kerjasama berpasukan dibawah satu kontingen. Selaian latihan kepada wakil-wakil negeri, bengkel ini juta telah mewujudkan pasukan sorak bagi memberi sokongan padu dan semangat kepada pasukan Perlis semasa pertandingan nanti Kesungguhan dan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh para peserta bengkel ini amatlah dibanggakan. Dengan persediaan yang dibuat diharapkan Kontingen Perlis akan mampu memberi persaingan kepada kontingen-kontingan yang bertanding di peringkat nasional nanti.


Bengkel ini telah diadakan di Putra Brasmana Hotel, Kuala Perlis pada 9-11 Mei 2008.

Konvensyen PUM Peringkat Negeri Perlis 2008



Pada tahun ini, sebanyak 8 buah syarikat mewakili 7 buah sekolah bertanding membuat persembahan laporan syarikat masing-masing. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SMK Syed Hassan, SMK Dato Sheikh Ahmad, SMK Agama (P) Kangar, SM Agama Islahiah Behor Mali, SMK Tengku Suleiman, SM Agama Matri dan SM Agama Al-Maad Arau (telah menghantar 2 buah syarikat). SM Agama Islahiah Behor Mali telah menyertai konvensyen ini buat kali pertamanya. Konvensyen ini diadakan ialah bagi merebut hadiah di dalam 7 kategori iaitu syarikat terbaik, produk terbaik, perkhidmatan terbaik, pengurus terbaik, guru pembimbing terbaik, pengetua terbaik dan persembahan terbaik. Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) Peringkat Negeri Perlis Kali Ke-12 ini telah diadakan pada 19 April 2008 (Sabtu) di Dewan Auditorium, Kompleks Kebudayaan dan Kesenian, Kangar. Perasmian majlis dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YAB Dato'Sri Dr. Md. Isa b Sabu, Menteri Besar Perlis yang baru. Konvensyen Program Usahawan Muda ini telah dianjurkan oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) dan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis.

Prodigy (M) Sdn. Bhd. in action

Zalzalatul Maad Sdn. Bhd.


Senarai pemenang mengikut kategori adalah seperti berikut:-

Kategori Syarikat Terbaik
• Johan → Prodigy (M) Sdn. Bhd.
• Naib Johan → Zalzalatul Maad Sdn. Bhd.
• Ketiga → Bashasah Corporation Sdn. Bhd.

Kategori Produk Terbaik
• Johan → Bashasah Corporation Sdn. Bhd.
• Naib Johan → Palace Of Triangle Sdn. Bhd.
• Ketiga → Al – Tijaratul sdn. Bhd.

Perkhidmatan Terbaik
• Johan → Zalzalatul Maad Sdn. Bhd.
• Naib Johan → Prodigy (M) Sdn. Bhd.
• Ketiga → Al – Tijaratul Maad Sdn. Bhd.

Kategori Pengurus Terbaik
• Johan → Adiba Munira bt Mohd Amin
• Naib Johan → Mohamad Aiman bin Ahmad Nordin
• Ketiga → Siti Nur Azimah bt Saidin

Kategori Guru Pembimbing Terbaik
• Johan → En. Najid Omar
• Naib Johan → Puan Nabilah bt Mohad Khalil
• Ketiga → En. Hakim bin Abdullah

Kategori Pengetua Terbaik
• Johan → Ilias bin Kassim
• Naib Johan → Dato’ Dahlan bin Mohd Zain
• Ketiga → Datin Hjh. Ramlah bt Sudin

Kategori Persembahan Terbaik
• Johan → Prodigy (M) Sdn. Bhd.
• Naib Johan → Bashasah Corporation Sdn. Bhd.
• Ketiga → Al – Tijaratul sdn. Bhd.

Tahniah diucapkan bagi semua pemenang-pemenang. Bagi yang tewas cuba lagi pada tahun hadapan. Para pemenang (Johan) akan mewakili Negeri Perlis ke Konvensyen Program Usahawan Muda Nasional yang diadakan di UiTM, Shah Alam, Selangor.

Monday, April 7, 2008

Kursus Aplikasi ICT Multimedia 2008





Seramai 24 orang pelajar daripada 22 buah sekolah menengah di Perlis telah menyertai Kursus Aplikasi ICT Multimedia di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) , Ulu Pauh, Perlis pada 4-6 April 2008. Kursus ini diadakan dengan kerjasama tenaga pengajar berpengalaman politeknik bagi memberi pendedahan penggunaan ICT dengan cara yang betul bagi menghasilkan sesuatu bentuk laporan dan penyampaian yang lebih berkesan dan kreatif.


Dalam tempoh yang singkat pelajar-pelajar telah diajar menggunakan aplikasi Words, Excell, Power Point, Adobe Photoshop, Flash dan Internet. Dengan pengetahuan dan penguasaan ICT diharapkan pelajar-pelajar akan dapat mengaplikasikan ICT didalam Program Usahawan Muda di sekolah masing-masing. Selain itu ianya bertujuan memantapkan penguasaan ICT pelajar di dalam membuat persediaan menghadapi konvensyen negeri dan nasional Program Usahawan Muda 2008.


Salam Keusahawanan Buat Semua.

Wednesday, April 2, 2008

Kursus "Training of Trainers" Wilayah Utara 2008

Kursus TOT Wilayah Utara melibatkan empat buah negeri iaitu Perlis, Kedah, P. Pinang & Perak telah di adakan pada 28-30 Mac 2008 bertempat di Hotel Langkasuka, Kuah, Pulau Langkawi, Kedah. Kursus anjuran INSKEN dan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama keempat-empat PKEN wilayah Utara.






Objektif kursus ini ialah untuk memberi kefahaman kepada para guru pembimbing tentang peri pentingnya nilai-nilai keusahawanan di hayati dikalangan para pelajar sekolah menengah disamping mengiktiraf peranan penting yang di pikul oleh setiap guru-guru yang terlibat. Melalui pembudayaan ini dijangka lebih ramai pelajar yang akan berminat menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan setelah meninggalkan alam persekolahan. Jumlah penyertaan dari keempat-empat negeri ialah seramai 250 orang.

Sunday, March 16, 2008

BisnispuM Group

Group BisnispuM diwujudkan sebagai platform perbincangan, berkongsi maklumat, pengalaman dan isu yang sesuai dibincang dikalangan pelajar, bekas pelajar, guru pembimbing atau pegawai penasihat yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan Program Usahawan Muda. Namun demikian platform ini tidak terhad disekolah semata-mata, anda boleh mengemukakan sebarang isu untuk dibincang atau menarik perhatian kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama. Boleh juga berpeluang untuk mengiklankan maklumat perniagaan atau produk asalkan tidak sampai keterlaluan dan memboringkan kawan-kawan.

Kumpulan BisnispuM atau Group BisnispuM boleh dicapai di alamat berikut:-
http://groups.google.com/group/bisnispum

Salam
anahsak

Wednesday, March 5, 2008

Bengkel Pembubaran dan Penyediaan Laporan Syarikat (2007)


Bengkel ini memberi maklumat tentang kaedah pembubaran syarikat dan format penyediaan laporan tahunan syarikat, laporan produk, laporan perkhidmatan dan menyediakan persembahan laporan syarikat yang berkesan menggunakan kemudahan komputer serta kriteria-kritteria yang diambil kira dalam pembentangan syarikat semasa konvensyen. Bengkel telah diadakan 18-20 Jan 2008 bertempat di Putra Bukit Air Jungle Park Resort, Sg. Batu Pahat, Perlis.

Tuesday, March 4, 2008

Kursus Kecermelangan Ahli Lembaga Pengarah 2008






Pada tahun ini barisan pemimpin baru Program Usahawan Muda (PUM) telah berpeluang mengikuti Kursus Kecermelangan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat PUM di Putera Bukit Ayer Jungle Park Resort, Sg. Batu Pahat, Perlis. Kursus ini yang dianjurkan oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis dan Jabatan Pelajaran Perlis telah di adakan pada 22-24 Februari 2008. Sebanyak 24 buah sekolah menengah telah menghantar barisan pemimpin syarikat PUM masing-masing. Kursus mendedahkan kepada para peserta kaedah pelaksanaan program, pendafataran syarikat, tugas dan tanggungjawab pengurus-pengurus syarikat, pengurusan syarikat, operasi syarikat, pengurusan kewangan, penjanaan idea kreatif, penyediaan rancangan perniagaan dan simulasi persembahan laporan perniagaan.