Wednesday, March 17, 2010

Bengkel Pembubaran Syarikat PUM Perlis

Bengkel sehari pembubaran syarikat PUM 2009 telah di adakan di Hotel Putra Brasmana Kuala Perlis pada 7 Mac 2010 (Ahad) yang lalu. Seramai 106 orang peserta dari 20 buah sekolah menengah di Perlis telah menyertai bengkel ini. Pelajar perempuan mendominasikan bengkel ini sebanyak 75.5% mengatasi pelajar lelaki yang hanya 24.5%. Para peserta adalah terdiri ahli-ahli lembaga pengarah lima orang kesemuanya dari syarikat program usahawan muda di sekolah masing-masing. Barisan pengurusan yang dipilih ini telah pun menjalankan aktiviti perniagaan masing-masing selama 36 minggu pada tahun lepas di bawah bimbingan guru-guru penasihat di sekolah.


Bengkel ini telah mendedahkan kepada para peserta cara-cara dan proses pembubaran syarikat, penyediaan laporan tahunan syarikat, laporan produk dan perkhidmatan, penilaian laporan, kaedah pembentangan syarikat sepertimana di gariskan di dalam modul pertandingan konvensyen PUM. Persediaan maklumat ini adalah penting bagi membolehkan syarikat-syarikat PUM untuk menyediakan laporan dan membuat persembahan pembentangan sebelum konvensyen diperingkat negeri. Syarikat yang berjaya diperingkat negeri akan dipilih mewakili negeri ke konvensyen peringkat nasional.


Syarikat mana dari sekolah di Perlis yang akan mewakili negeri, sama-samalah kita tunggu. Gelora konvensyen sudah dapat dirasai oleh semua para peserta yang tidak sabar-sabar untuk mempamerkan bakat masing-masing menyampaikan persembahan laporan syarikat disamping melaporkan pencapaian prestasi cemerlang syarikat PUM pada tahun lepas.


Gambar Tambahan - Klik di Galeri Gambar.

Friday, March 5, 2010

Pendaftaran Lepasan Program Usahawan Muda (ALUMNI)

Assalamualaikum ..... Halo......halo.......

Hebahan buat semua bekas-bekas ahli-ahli Program Usahawan Muda, pohon kerjasama anda menghubungi semula PKEN untuk mendaftar sebagai ahli Alumni PUM. Sokongan dan kerjasama anda mendaftar segera amatlah dihargai. Tidak kira dimana sahaja anda berada dan apa juga yang sedang anda lakukan ~ belajar, usahawan, penjawat awam dll boleh sahaja mendaftar. Pendaftaran anda akan membantu PKEN untuk mengesan dan menjejaki semula bekas-bekas pelajar ahli program usahawan muda disamping untuk mendapat maklumbalas keberkesanan/impak program ini setelah dilaksanakan bertahun-tahun.

Saya highlight semula coretan mengenainya untuk tatapan bersama. Ulasan dan cadangan anda di blog ini dialu-alukan.

Setelah sekian lama (13 tahun) pelaksanaan Program Usahawan Muda, ada baiknya jika dapat menjejaki bekas-bekas pelajar yang pernah mengikuti PUM semasa di sekolah. Tentunya, ada yang sudah bekerja dan ada yang sudah boleh digelar usahawan. Paling syok dikongsi lagi, kalau dah ada yang boleh digelar hartawan, jutawan atau lebih hebat bilionwan. Ramai juga yang mungkin sudah boleh di sebut orang besar bergelar. Semuanya tidak mustahil.

Tetapi dimana semua bekas-bekas ahli PUM itu sekarang?

Mungkin ramai yang mahu berkongsi kesah-kesah nostalgia semasa bersama PUM dahulu. Mungkin ada kenangan manis dan pahitnya. Ramai juga yang mungkin sudah mula membuka lembaran baru sebagai orang baru pula. Yang berjaya tentu nak bagi tau semua orang kan! Mungkin ada juga yang sedang "strugle" untuk membina kehidupan lebih baik dari dahulu. Atau yang tak mahu susah-susah meredah cabaran dan halangan serta rintangan, maka jadilah penjawat awam atau anggota kerja (pekerja) kepada mana-mana syarikat. Ada yang jadi bos di pejabat, doktor, jurutera, peguam, pensyarah, guru, ustaz, ustazah, artis ???, dsb. Antara terkesan dalam talian...


Namun semua itu, adalah universiti kehidupan yang pasti dilalui oleh semua orang. Tak kesah lah tu.

Anda diluar sana dipelawa untuk menjadi ahli Alumni Program Usahawan Muda!!! Mai cepat daftar, download (muat turun) borang permohonan menjadi ahli dan kembalikan ke Bahagian Pembangunan Usahawan atau emel balik (anahsak@gmail.com) kepada kami. Disamping itu, jawaplah soal selidik disudut kanan tu!

Salam United / Reunion ahli PUM!!!