Wednesday, April 29, 2009

Harum Manis - Mempelam Perlis

Harum Manis merupakan buah " trade mark " bagi negeri Perlis. Buahnya yang berbau harum dan isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak pasti menawan hati sesiapa saja yang mencubanya. Di makan bersama pulut sebagai salah satu sajian tradisi di negeri ini, ia juga enak dimakan begitu saja ataupun dinikmati dalam bentuk jus atau jem mempelam. Terdapat beberapa jenis mempelam yang popular di Negeri Perlis iaitu Harum Manis, Sala, Cakonan, Intan Safinas, dan Maha. Tapi yang popular ialah Harum Manis kerana kemanisan dan baunya yang sesuai dengan namanya.
Musim pengeluaran mempelam adalah pada bulan April dan Jun pada tiap - tiap tahun. Boleh diperolehi di Bukit Bintang Sungai Batu Pahat. Keluasan kawasan tanaman mempelam di Bukit Bintang ialah 1,000 ekar (tak sampai luas tu ~ maklumat lanjut klik sini) dengan kadar pengeluaran hasil sebanyak 300 hingga 500 tan semusim pengeluaran.

Hujung minggu lalu ke Perlis lagi dan masa tue sempat berkunjung ke Pusat Pertanian Bukit Bintang , Bintong di Sungai Batu Pahat. Kalau ke Taman Ular mesti lalu pusat nie.
Pokok kecik je tapi penuh ngan buah.... Tengok la tue satu pokok banyak betul buahnya.
Kawasan dalam ladang harum manis.
Buah-buah harum manis nie di bungkus untuk mengelakkan dari berulat.
Masa di ladang hari tue buah-buah harum manis nie belum lagi dijual, penjualan kepada orang ramai bermula keesokkan harinya iaitu 20 April. Aiseh.... jadi terpaksa la ke tempat jualan di luar pusat pertanian. Buah-buah mempelam nie adalah buah yang dijual di luar pusat pertanian tersebut. Tengok tue harga dia sekilo RM10.00. Tue untuk buah yang besar.
Harum manis nie perlu diperam dahulu sebelum dimakan kerana belum masak. Yang dalam gambar di atas perlu diperam 4 hari lagi baru boleh makan.
Masa di Pusat Pertanian tempoh hari hanya dapat beli mangga pulut sahaja, nasib baik masa tue mangga pulut dah mula dijual. Mangga pulut di atas harganya RM3.50. Memang sedap, harum dan manis mempelam nie dan pulut yang ditanak pun lembut dan sedap.
Dari ladang harum manis kami ke ladang anggur juga di Sungai Batu Pahat tak jauh dari ladang harum manis. Tapi ladang anggur di sini kecil je, dengarnya ada satu lagi ladang anggur yang lebih besar di Beseri. Betul ke? Tak pasti pulak. Dekat Empangan Timah Tasoh ada juga, tapi disinilah yang terbesar setakat ini, di urus selia oleh Jabatan Pertanian Negeri Perlis.
Nampak tak buah-buah anggur yang bergayutan. Banyakkan buahnya... Nanti kontingen-kontingen PUM negeri lain yang datang ke Perlis, jangan lepaskan peluang ke tempat-tempat ni no... pakat-pakat mai la....!

Sumber: Catatan Siti Sana Sini ~ http://catatansss.blogspot.com/

Monday, April 27, 2009

Bila Konvensyen Nasional Ke 13?

Ramai yang menelefon saya bertanya tentang konvensyen nasional pada tahun ini? Jadi ke atau bagaimana? Apa tidaknya Perlis telah diistiharkan bakal menjadi tuan rumah konvensyen nasional ke 13 kali ini. Cuma perubahan yang berlaku baru-baru ini memerlukan penyesuaian di buat oleh agensi-agensi dibawahnya. Namun sekarang telah jelas ke mana agensi-agensi MeCD di letakkan. INSKEN atau Institut Keusahawanan Negara sekarang sudah dibawah Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa manakala PKEN-PKEN negeri diletak dibawah Kementerian Kewangan. Kini dua kementerian yang berlainan. Oleh itu, samada ada atau tidak konvensyen nasional perlu lah menunggu lagi, sehingga diberitahu kelak. Nantikan jawapannya , sedikit masa lagi.

Saya difahamkan beberapa buah negeri telah pun melangsungkan konvensyen negeri masing-masing, termasuklah Perlis. Negeri-negeri yang telah pun menobatkan juara negeri masing-masing yang akan mewakilii kontingen negeri ke konvensyen nasional antaranya ialah:-

No

Kontingen

Tarikh

1

Johor

2008

2

Perlis

11 April 2009

3

Negeri Sembilan

13-15 April 2009

4

Pahang

22 April 2009

5

Pulau Pinang

23 April 2009

6

Melaka

April 2009

7

Kedah

30 April 2009

8

Perak

17 Mei 2009

9

Terengganu

?

10

Kelantan

?

11

Selangor

?

12

Sabah

30 April 2009

13

Sarawak

?

14

Wilayah Persekutuan

?

15

MRSM

?

16

Exxon Mobil

?


Rasanya, pasukan negeri–negeri telah pun tak sabar-sabar untuk bertarung. Pertemuan dan persaingan di konvensyen memberi inpirasi kepada para peserta untuk menjalin hubungan networking disamping teruja dengan program-program yang dianjurkan. Sekembali dari konvensyen tentunya mencetuskan semangat dan jiwa yang berkobar-kobar dikalangan para peserta untuk memperbaiki prestasi masing-masing di pertemuan tahun hadapan pula. Jiwa gelojak untuk membuktikan kebolehan masing-masing, “we are the best”.


Semoga segala usaha yang dicurahkan oleh semua pihak di dalam membudayakan keusahawanan di kalangan pelajar akan berterusan kelansungannya dan mencapai matlamat dengan jayanya. Mungkin sudah tiba masanya untuk menampilkan mereka yang lahir dari program usahawan muda kini telah bergelar usahawan berjaya. Siapa anda sekarang sesudah 13 tahun telah berlalu.

Salam keusahawanan !

Monday, April 20, 2009

MITI jamin dasar 3 agensi kekal

Peruntukan, program tetap diteruskan walaupun kerajaan bubar MeCD

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) memberi jaminan, dasar dan peruntukan tiga agensi yang diserap daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) yang dibubarkan tidak akan terjejas.

Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed, berkata Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut Keusahawanan Negara (Insken) dan Bank SME diperkukuhkan lagi demi mencapai matlamat dan sasaran kerajaan.

"Bajet yang sudah diluluskan untuk tiga agensi itu kekal.

"Begitu juga pelaksanaan program dan perjawatan tetap sama walaupun di bawah kementerian baru, fungsi dan peranannya tetap sama.

"Tidak timbul isu yang mendakwa peranan tiga agensi terbabit akan terhapus, sebaliknya ia cuma dipindahkan ke Miti, jadi tidak perlu bimbang," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan, di sini semalam.

Selain Miti, fungsi dan agensi di bawah MeCD akan diserap ke tujuh kementerian lain dan terus diberi penekanan oleh kerajaan.

Sementara itu, Mustapa menegaskan, beliau sedia melakukan perubahan drastik terhadap dasar serta program kementeriannya bagi disesuaikan dengan keperluan semasa.

Beliau berkata, dalam keadaan ekonomi lembap ketika ini, kementeriannya perlu berani membuat perubahan termasuk memperkenalkan pendekatan baru sejajar saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu melihat hasil dan bukan pelaksanaan semata-mata.

Katanya, sebagai permulaan Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Smidec) akan disusun semula bagi menggalakkan perkembangan pelaburan dalam negara, khususnya menangani kesan krisis kewangan dan ekonomi global terhadap industri berkenaan.

Ditanya sama ada dasar sedia ada seperti pengeluaran permit import (AP) akan diteruskan, Mustapa berkata, beliau memerlukan masa kerana perlu mendengar taklimat mengenai isu berkenaan daripada pegawainya di Miti.

Beliau berkata, bagi memastikan peranan Miti lebih berkesan, dua timbalannya turut diberikan tugas khusus termasuk mengadakan rundingan dan promosi di luar negara selain memberi tumpuan terhadap pelaburan domestik.

"Saya tidak mahu tumpuan hanya diberikan kepada promosi dan rundingan dengan pelabur luar semata-mata kerana agenda domestik turut penting dan berperanan besar kepada perkembangan ekonomi negara," katanya.

Sumber: Berita Harian Online ~ Isnin, 20 April 2009

Friday, April 17, 2009

Fungsi MeCD diserap

PUTRAJAYA 15 April – Agenda membela bumiputera yang sebelum ini diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) yang dimansuhkan, tetap diteruskan apabila kerajaan bersetuju menyerapkan fungsi dan agensi-agensinya ke lapan buah kementerian. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini berkata, persetujuan mengenainya akan terus memastikan peranan-peranan utama MECD terutama bagi melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera.

Pada masa sama, kata beliau, ia akan memperluas dan mempercepatkan penglibatan bumiputera dalam arus ekonomi negara, membangunkan kawasan pertumbuhan baru dan memperkasakan koperasi yang terus diberi penekanan kerajaan.

Berikut fungsi-fungsi dan agensi-agensi MECD yang diserapkan:

- Pembangunan dan Penggalakan Sistem Francais dan Pembangunan Skim Vendor dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

- Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Bank SME ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

- Pembangunan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

- Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) ke Jabatan Perdana Menteri.

- Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) ke Kementerian Kerja Raya.

- Perbadanan-Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Bank Rakyat ke Kementerian Kewangan.

- Majlis Amanah Rakyat (Mara) ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

- Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia Japan University (MAJU) ke Kementerian Pengajian Tinggi.

- Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Sementara itu, pada sidang akhbar sebelum pertemuan dengan editor media tempatan di kediamannya di ibu negara petang ini, Najib menegaskan, tiada sebab mengapa pemansuhan kementerian tersebut perlu dijadikan polemik. Kata Perdana Menteri, ini kerana agensi yang selama ini berada di bawah MeCD tidak pun dibubarkan dan akan tetap meneruskan fungsi serta peranan mereka dengan ditempatkan di beberapa kementerian lain.

“Seperti Mara, kita kembalikan agensi itu kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Pada masa dulu, agensi itu di kementerian tersebut juga seperti ketika zaman Tun Ghafar (Baba).

“Dan Menteri Luar Bandar sekarang adalah seorang Naib Presiden UMNO. Takkan beliau tak boleh kita harapkan untuk laksanakan program Mara umpamanya.

“Jadi saya tak nampak polemik tentang pemansuhan kementerian ini sebagai sesuatu yang patut dijadikan isu. Ini sebenarnya usaha kita untuk mewujudkan kerajaan yang lebih kecil dan efisien,” katanya.

Mengenai LPKP, Perdana Menteri menjelaskan, ia diletakkan di bawah JPM kerana kerajaan mahu mewujudkan sebuah badan baru yang dikenali sebagai Lembaga Pengangkutan Kebangsaan.

Katanya, atas sebab itu juga LPKP tidak berada di bawah tanggungjawab Kementerian Pengangkutan kerana peranan dan fungsi badan baru tersebut akan merentasi pelbagai kementerian.

“Undang-undang lembaga ini sedang digubal. Sebenarnya ia diputuskan semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi. Saya fikir tahun ini (boleh dimuktamadkan),” jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia Online ~ 16 April 2009

Wednesday, April 15, 2009

KEPUTUSAN PENUH KONVENSYEN PROGRAM USAHAWAN MUDA (PUM) PERINGKAT NEGERI PERLIS TAHUN 2008


1. Anugerah Syarikat Terbaik

Johan

Marjan Imtiaz Sdn. Bhd.

SMK Agama (P) Kangar

Naib Johan

Inspex Corporation Sdn. Bhd.

MATRI (L)

Ketiga

Adroit Corporatian Sdn. Bhd.

MATRI (P)

2. Anugerah Persembahan Terbaik

Johan

Marjan Imtiaz Sdn. Bhd.

Naib Johan

Inspex Corporation Sdn. Bhd.

Ketiga

Mutaqadimul Maad Sdn.Bhd.

3. Anugerah Produk Terbaik

Johan

Marjan Imtiaz Sdn. Bhd.

Naib Johan

Mutaqadimul Maad Sdn.Bhd.

Ketiga

Adroit Corporatian Sdn. Bhd.

4. Anugerah Perkhidmatan Terbaik

Johan

Inspex Corporation Sdn. Bhd.

Naib Johan

Mutaqadimul Maad Sdn. Bhd.

Ketiga

Adroit Corporatian Sdn. Bhd.

5. Anugerah Pengurus Terbaik

Johan

Arifah bt Ab Aziz

Marjan Imtiaz Sdn. Bhd.

Naib Johan

Abdul Malek b Rajiae

Inspex Corporation Sdn. Bhd.

Ketiga

Nursahidah bt Azmi

Kawadirul Maad Sdn. Bhd.

6. Anugerah Guru Pembimbing Terbaik

Johan

Mashita bt Mahmud

SMK Agama (P) Kangar

Naib Johan

Najid bin Omar

SMA Al Maad Arau

Ketiga

Muhammad Fuad Zakiy bin Abdul Manaf

MATRI

7. Anugerah Pengetua Terbaik

Johan

Dato’ Kaya Bakti Utz. Dahlan b Md. Zain

MATRI

Naib Johan

Datin Hajah Ramlah bt Sudin

SMK Agama (P) Kangar

Ketiga

Ilias b Kassim

SMA Al Maad Arau

Tuesday, April 14, 2009

Tahniah SMKA (P) Kangar !!! Pemenang Konvensyen Program Usahawan Muda Peringkat Negeri Perlis 2008


SMKA (P) Kangar sekali lagi buat kali ketiga berturut-turut telah menjadi johan di dalam Konvensyen Program Usahawan Muda Peringkat Negeri Perlis yang di adakan baru-baru ini di Dewan Baru, UiTM Arau pada 11 April 2009 (Sabtu). Syarikat Marjan Imtiaz Sdn. Bhd. yang dipimpin oleh adik Arifah bt Ab Aziz telah menjadi johan dalam kategori syarikat, persembahan, produk, pengurus terbaik dan guru pembimbing kali ini.
Naib Johan telah disandang oleh syarikat Inspex Corporation Sdn. Bhd. daripada pelajar-pelajar lelaki sekolah MATRI, Beseri. Syarikat ini mengungguli kategori perkhidmatan dan pengetua terbaik. Tempat ketiga telah di menangi oleh syarikat Adroit Corporation Sdn. Bhd. daripada sekolah yang sama. Sebanyak sembilan buah syarikat telah mengambil bahagian dan membentangkan laporan syarikat masing-masing.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh ketiga-tiga tetamu jemputan VIP kepada para pemenang-pemenang iaitu YAB Dato Seri Dr. Mohd Isa b Sabu, Menteri Besar Perlis, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Tuan Mohammad Zabidi b Zainal dan YBM Dato' Seri DiRaja Syed Razlan Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Exco Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sains dan Teknologi, Pembangunan Usahawan dan Hubungan Antarabangsa.

Konvensyen ini telah disasksikan lebih 400 orang pelajar-pelajar sekolah menengah, guru-guru dan pengetua-pengetua sekolah dari seluruh negeri Perlis.



Untuk saksikan gambar penuh klik pada Galeri Gambar.