Monday, January 26, 2009

Seminar Pembudayaan Keusahawanan Kepada Pengetua Dan Guru Pembimbing Program Usahawan Muda (PUM) Dan Program Perintis Usahawan (PPU) Wilayah Utara



20 Jan 2009
, PKEN-PKEN Wilayah Utara (Perlis, Kedah, P. Pinang & Perak) dengan kerjasama INSKEN dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah menganjurkan Seminar Pembudayaan Keusahawan Kepada Pentadbir dan Guru Pembimbing Program Usahawan Muda (PUM) dan Program Printis Usahawan (PPU) di Dewan Warisan, Kangar, Perlis. Seminar sehari ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Md Isa b Sabu, Menteri Besar Perlis. Seramai 350 orang peserta dari keempat-empat negeri telah menyertai seminar ini.

Diantara penceramah jemputan ialah:-

"Asas Menjana Keusahawanan" Oleh Dato’ Othman b Aziz, Perunding Motivasi



“Peranan Kepimpinan Sekolah Didalam Memperkasakan Sekolah - Program Pembudayaan Keusahawanan" Oleh Tuan Hj. Kamaruddin bin Ismail, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia





“Pelaksanaan Pembudayaan Keusahawanan Di Peringkat Sekolah” Oleh En. Mohd Ariffin b Ibrahim, Bhg. Pembangunan Usahawan, Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan.


Ahli-ahli Jawatankuasa Penganjur Seminar Pembudayaan Keusahawanan Wilayah Utara

Download gambar-gambar di atas di
http://picasaweb.google.com/anahsak



Anjuran Bersama:

Monday, January 12, 2009

Cabaran Catur Bistari 2009 - Johor Bahru

Sebanyak enam (6) pasukan iaitu serama 36 orang dari Perlis yang terdiri dari kalangan pelajar, guru pembimbing dan usahawan telah mewakili Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis ke Cabaran Catur Bistari Terbuka 2009 di Persada Johor, Johor Bahru pada 10 Januari 2009 baru-baru ini. Penyertaan pada kali ini merupakan percubaan pertama kali pasukan Perlis, disamping untuk berkongsi pengalaman dan menajamkan kemahiran minda strategi. Penyertaan ini telah memberi peluang kepada semua ahli pasukan untuk lebih memahami dengan lebih mendalam permainan catur bistari. Walaupun tidak berjaya, tetapi rakan pasukan semuanya tidak kenal erti kekecewaan.

Diantara ahli pasukan adalah terdiri dari kalangan pelajar dan guru sekolah agama MATRI, AL Maad Arau, SMK(A) Perempuan Kangar, SR Oran, usahawan dan anggota kerja PKENPs. Kontijen telah diketuai oleh En. Sharidan Salim, Pegawai Ko, Jabatan Pelajaran Perlis. Penganjuran cabaran catur bistari 2009 ini secara amnya telah dianjurkan dengan baik oleh pihak penganjur dan JCorp layak diberi pujian diatas persiapan yang memuaskan.





Posted by Picasa

Lihat laman berikut untuk galeri gambar:-
http://picasaweb.google.com/anahsak

Keusahawanan 2009

Tahun 2009

Pada tahun ini, saya akan mencuba sedaya upaya untuk mengemaskinikan laman blog ini mengikut peristiwa aktiviti semasa. Supaya apa yang disampaikan terkini dan dapat menarik lebih ramai pengunjung-pengunjung baru. Untuk itu, sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi moderator laman blog ini amat dialu-alukan. Emailkan pada saya apa sahaja pandangan dan ulasan yang ingin anda sampaikan mengenai pembudayaan keusahawanan. Tapi jangan hantarkan mesej-mesej yang tidak berkaitan dan tidak sesuai.

Blog ini pun, masih peringkat mencuba. Masih banyak perlu dipelajari dan diperbaiki dari masa ke samasa. Cadangan dari anda diluar sana sentiasa dialu-alukan. Boleh sahaja untuk berkerjasama demi kebaikan bersama dan perkongsian pengalaman.

SALAM
Bloger