Tuesday, May 26, 2009

Perlis Indah Lagi Mempesona

Bengkel Latihan Pusat Kontingen Negeri Perlis

PKENPs dan Jabatan Pelajaran Perlis akan menganjurkan bengkel tersebut di atas bagi membuat persediaan menghadapi Konvensyen Program Usahawan Muda peringkat nasional kali ke 13 ini. Bengkel akan diadakan pada 29 - 31 Mei 2009 ini bertempat di Pauh Inn, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau. Seramai 30 orang pelajar (Inspex, Marjan, Mutaqadimul dll) dan 5 orang guru dari pelbagai sekolah akan terlibat secara langsung. Kena lah.... tangguh sat balik bercuti bagi mereka yang terlibat no. Untuk Perlis, kena boleh dan pasti BOLEH!!!

Gambar-gambar lain boleh dilihat dengan "klik" di Galeri Gambar sebelah kanan!

Wednesday, May 20, 2009

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Arau Lokasi Konvensyen Program Usahawan Muda Nasional Ke 13



Selamat Datang!!! Welcome!!!
Semua Kontigen Negeri-negeri, MARA & Exxon.

Konvenyen Program Usahawan Muda Peringkat Nasional Ke-13 akan berlangsung pada 26-29 Jun 2009 bertempat di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh (PTSS), Arau Perlis. Pertandingan akan dilangsungkan di Dewan Besar, PTSS yang boleh di lihat seperti dibawah. Dewan ini boleh muat kira-kira 3,000 orang. Pihak INSKEN, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah pun mengesahkan bahawa akhirnya konvensyen PUM nasional ke 13 akan tetap diteruskan. Butiran maklumat lanjut akan disiar sedikit masa lagi.





Lihat Galeri Gambar - untuk photo tambahan atau klik link PTSS di atas.

Saturday, May 16, 2009

Keputeraan Raja Perlis Ke 66


Dirgahayu Tuanku !!! Selamat Ulang Tahun Tuanku Raja Perlis ke 66. Semoga dikurniakan kesihatan dan Negeri Perlis selamat sejahtera dibawah naungan Tuanku.

Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru !!!

SELAMAT HARI GURU !!!
Di atas segala jasa dan pengorbanan kalian, sesungguhnya amatlah dihargai dan sentiasa tersemat di dalam ingatan. Terima kasih Cikgu!!! tak kiralah pengetua, guru, cikgu, ustaz, ustazah, pensyarah dan tuan-tuan guru di luar sana samada berkaitan PUM atau tidak. Mudah-mudahan Allah meredhai kalian. SELAMAT HARI GURU !!!
SELAMAT HARI GURU !!! SELAMAT HARI GURU !!! SELAMAT HARI GURU !!!

Thursday, May 14, 2009

Takziah Buat Pengetua Terbaik PUM Peringkat Negeri Perlis 2008 dan keluarga.

Isteri kepada Al-Fadhil Dato' Dahlan Mohd Zain, Pengetua MATRI iaitu Datin Halimaton atau lebih dikenali sebagi Ummi meninggal dunia di Hospital Tengku Fauziah, semalam.

Allahyarhamah yang berusia 67 tahun meninggal dunia kerana diserang sakit jantung kira-kira jam 6.10 petang.

Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang beriman. Amin.

Al-Fatihah..!!


Sumber: Web Sekolah MATRI

Sunday, May 10, 2009

Elakkan Dari Hati Sakit

Tiada siapa yang suka dan mahu disakiti baik fizikal mahupun rohaninya. Hanya mereka yang sakit sahaja gemar dan gembira melihat orang lain disakiti atau menyakitkan hati orang. Hindarilah perbuatan yang tidak memberi faedah ini. Cuba sama-sama kita berbincang selaku orang yang telah matang dan bertamadun. Tiada salahnya untuk menegur, tetapi bukanlah sampai merendah-rendahkan orang lain atau menghina. Itu bukan cara kita, bukankah orang melayu dikenali bersopan santun. Sudah lupakah apa yang ditunjuk ajar oleh tuan-tuan guru, ustaz-ustaz dan ibu serta ayah kita. Rugilah kita kalau pun menang sorak, tapi menanggung dosa. Cubalah didik hati kita untuk menerima apa yang di tentukan Ilahi.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hati boleh baik dan jahat.
* Rasa senang apabila ia dipuji.
* Rasa menderita apabila di keji.
* Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan.
* Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan.
* Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan.
* Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan atau ada kekayaan.
* Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih.
* Rasa dendam apabila orang menganiayainya.
* Simpati dengan orang susah.
* Rasa keluh kesah apabila dapat susah.
* Rasa terhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong.
* Rasa gerun apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan.
* Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.

Begitulah riak-riak hati yang beralih-alih kepada berbagai-bagai riak rasa dengan sendirinya, apabila dirangsang oleh faktor-faktor luar. Perasaan itu akan kemudian akan mempengaruhi sikap lahir manusia. Kalau rasa hati itu baik, baiklah tindakan manusia. Dan kalau rasa hati itu jahat maka jahatlah tindakan lahir manusia. Dengan kebolehan dan kuasa yang penting, hati seolah-olah raja yang bertakhta didalam diri manusia. Dialah yang menentukan baik buruk manusia. Akal adalah penasihatnya. Anggota-anggota lahir adalah rakyat jelatanya yang taat kepada arahannya. Nafsu dan syaitan adalah musuhnya. Demikian struktur kerja yang berlaku dalam diri manusia. Kita mesti memahami dan beri perhatian penting pada persoalan ini, kerana baik jahatnya kita bergantung pada hati serta pengurusan kita dalam hati. Siapa mengabaikan urusan hati, ertinya membiarkan dirinya berjalan dalam gelap. Nasibnya belum tentu selamat dunia dan akhirat. Hati boleh dididik.

Lihat apa kata Allah tentang hati.

Firman Allah:

"Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya." (Asy - Syams: 9)
"Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersih diri (dengan beriman ). Dan dia ingat nama tuhannya lalu dia sembahyang." (Al - Ala: 14 - 15)

"Pada hari itu, tidak berguna lagi harta anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah membawa hati yang selamat." (Asy - Syuara: 88-89)

Di antara Sebab Jiwa Tidak Tenang
1. Banyak menzalimi orang
2. Banyak membuat dosa
3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman

Ketenangan itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia perlu dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, duduk di dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa.

Bila ketenangan tidak ada, sentiasa keluh-kesah, apa sahaja dibuat serba tidak kena, makan rasa tidak sedap, tidur tidak lena, membuat sesuatu perkara tidak ada penumpuan lagi, selalu sahaja termenung, orang bercakap kurang diambil perhatian, sumbang di dalam pergaulan, membaca mengganggu untuk memahami, kawan-kawan ikut risau, mudah marah-marah, suka bersendiri, mudah merajuk, mudah tersinggung, tidak tahan sabar, tidak tahan tercabar, mudah jemu membuat kerja, makan minum, pakaian dan badan tidak terurus, kurang bertanggungjawab, tidak suka bercakap.
Orang yang berada di dalam tidak ketenangan, jika ketidaktenangan itu kuat dan kurang pula pelajaran selalunya tidak boleh dikontrol rasa tidak tenang itu, sama ada di waktu ramai mahupun di waktu keseorangan, sentiasa nampak muram, susah hatinya amat ketara, orang ramai perasan.

Jika dia seorang cerdik dan pandai atau ada status di dalam masyarakat mungkin setengah orang dia boleh kontrol. Di tengah ramai dia boleh sembunyikan ketidaktenangannya itu untuk menjaga wibawa atau status diri, tapi bila waktu keseorangan dia mulalah termenung. Kesusahan hatinya nampak dilihat di air mukanya. Ada setengah orang mukanya cantik, orangnya periang, happy go lucky, ada kalanya susah juga dikesan. Tapi kalau dia tidak boleh kontrol, lihat muka dapat dikesan. Maka seorang yang periang tiba-tiba jadi pendiam, hilang riang, suka bersendiri, gurauan sudah tidak ada, anak isteri mula risau, kawan-kawan susah hati.
Untuk menghilangkan rasa tidak tenang itu, keluar daripada menzalimi dan memohon maaf kepada orang yang kita zalimi itu. Tinggalkan membuat dosa kemudian kembali berpegang dan bersandar kepada Allah SWT. Insya-Allah ketidaktenangan akan hilang.

Ingatan buat saya, sebagaimana ibu pernah menasihati saya suatu masa dulu!
SALAM KASIH SAYANG & RINDU BUAT eMAK!!!
Selamat Hari Ibu Untuk Semua Ibu-ibu dimana sahaja.

Sumber: Minda


Monday, May 4, 2009

Hotel Holiday Villa ~ Konvensyen Akhir PUM Kedah 2008

30 Mei 2009, Hotel Holiday Villa Alor Setar telah menjadi medan berlangsungnya Konvensyen Program Usahawan Muda peringkat negeri Kedah baru-baru ini. PKNK telah memberi saya peluang untuk turut sama menyaksikan pertandingan akhir ini disamping menjadi salah seorang panel hakim. Persiapan yang dibuat oleh urusetia layak mendapat pujian kerana di atur kemas kedudukan ketua juri, panel juri, penjaga masa, alatan teknikal mencukupi dan ruang pamer buku laporan dan produk. Walaupun begitu, dewan yang besar tersebut terasa agak kecil terutamanya sewaktu para hadirin berpusu-pusu keluar menuju ke lif. Ruang tersebut kecil untuk menampung kehadiran pelajar-pelajar dari seluruh negeri Kedah.
Program berlangsung dengan lancar. Paling menarik dan mencuit hati ialah sewaktu menyaksikan anak-anak kecil menari tarian asli di hadapan tetamu yang ramai tanpa kekok dan segan. Mungkin kerana telah terlalu lama meninggalkan alam persekolahan menyebabkan saya jarang-jarang berpeluang menyaksikan tarian seperti demikian. Dari sudut pertandingan persembahan, terdapat peningkatan oleh beberapa sekolah. Semakin ramai yang mampu mempamerkan bakat-bakat mereka. Kalau pun berlaku kekurangan saya rasa kerana kurang persediaan dan latihan oleh peserta-peserta di samping tidak memberi perhatian rapi persediaan slide persembahan. Masa 5 minit yang diberikan untuk persediaan sebelum persembahan tidak di manfaatkan sepenuhnya oleh pasukan-pasukan. Banyak yang beranggapan semuanya "ok" dan tidak sabar untuk berada di pentas. Sedangkan kesilapan teknikal berlaku, menjadikan pasukan tidak bersedia dengan keadaan tersebut dan tiada pelan "B" untuk menghadapinya. Lebih-lebih lagi jika skrip yang digunakan peserta hanya dihafal bukan disesuaikan dengan suasana. Disnilah terletaknya keupayaan dan kematangan para peserta. Begitulah kalau nak di ulas, panjang lebar dibuatnya. Cukup lah sekadar ini buat perkongsian maklumat.
Kepada pasukan yang berjaya menjuarai konvensyen pada tahun ini diucapkan tahniah. Semoga terus dapat mengekalkan kejayaan dan kehebatan di masa akan datang. Bagi yang gagal jangan putus asa dan kecewa, tetapi aturlah langkah dan startegi untuk terus mara menyerlah ke hadapan pada tahun akan datang pula. Anda boleh lakukan ! Namun paling penting, sudah tertanam di hati masing-masing untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Berniagalah no...!

Klik Galeri Gambar ~ untuk lihat gambar-gambar lain. Maaf gambar kurang elok


Musim harumanis tiba lagi

KANGAR 3 Mei - Penggemar mempelam harumanis kini boleh menikmati kelazatan buah tersebut apabila ia mula dipetik di kebanyakan ladang di negeri ini termasuk di pusat penanaman utamanya di Pusat Pertanian Bukit Bintang, Sungai Batu Pahat.

Produk kebanggaan Perlis itu, sering dinanti kerana kelazatannya mampu menyaingi buah mangga dari negara jiran.

Malah harumanis dari Perlis juga sudah berjaya menembusi pasaran di Jepun walaupun dijual dengan harga RM100 sekilogram.

Tahun ini, petugas Jabatan Pertanian di pusat tersebut dikerah 'turun padang' lebih awal kerana cuaca panas yang panjang telah merangsang pokok harumanis mengeluarkan hasil matang lebih awal berbanding lazimnya Mei hingga Jun.

Pengarah Pertanian Perlis, Abdul Razak Shafiai ketika ditemui baru-baru ini, kelihatan begitu gembira dengan produk harumanis yang dikeluarkan oleh Pusat Pertanian Bukit Bintang itu.

Beliau gembira bukan kerana ladang jabatan tersebut mengeluarkan buah yang lebat, tetapi ladang persendirian di seluruh Perlis juga akan memberikan pulangan lumayan kepada para pemiliknya.

''Ladang tersebut dijangka mengeluarkan 120 tan harumanis bernilai RM720,000 pada tahun ini,'' katanya.

Sehingga 20 April lalu, katanya, ladang berskala besar itu sudah mengeluarkan 17 tan buah harumanis atau kira-kira 50,000 biji buah yang sudah dituai.

''Kini kami menuai baki kira-kira 100 tan lagi, ini bermakna ladang berkenaan boleh mengeluarkan hasil 120 tan pada tahun ini.

''Kali ini ia melonjak tinggi berbanding cuma 60 tan pada tahun lalu," ujarnya.

Jabatan itu kini memiliki ladang harumanis terbesar di Malaysia iaitu di atas kawasan seluas 64.6 hektar.

Di Pusat Pertanian Bukit Bintang itu, harumanis dijual RM8 sekilogram bagi gred A iaitu yang saiznya antara 450-650 gram sebiji, RM7 bagi gred B (350-450 gram) dan RM6 bagi gred C (bawah 350 gram).

Jangan tersilap beli no....!!!

Sumber: Utusan Online ~ 4 Mei 2009