Tuesday, June 30, 2009

TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH..PKEN Perlis..Berjaya Menganjurkan Konvensyen Nasional Ke-13 dengan jaya dan meriah.

Kangar- Syabas dan sekalong tahniah buat seluruh warga PKEN Perlis diatas kejayaan menganjurkan Konvensyen Nasional Ke-13 dengan cemerlang walaupun menghadapi pelbagai halangan, kesukaran dan keperitan tetap utuh memerah tenaga dan keringat dengan berpegang kepada satu matlamat bagi memperjuangkan dan memartabatkan Program Usahawan Muda (PUM) yang telah sebati dikalangan seluruh warga PKen-PKen Negeri ke suatu tahap yang paling atas agar senantiasa harum dan subur ditahun-tahun seterusnya. Dalam tempoh masa yang amat singkat ditambah dengan keadaan perubahan jentera pentadbiran kementerian serta dengan tenaga kerja yang amat terhad pihak PKEN Perlis sanggup menyahut cabaran untuk memikul tanggungjawab selaku tuan rumah bagi memastikan Program Usahawan Muda (PUM) terus berjalan lancar. Disamping itu tidak lupa juga buat pihak INSKEN dan PKen-Pken negeri bersama dengan sokongan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri turut sama mengembeling tenaga, kepakaran dan menjana ide agar perlaksanaan penganjuran PUM mampu dikelolakan dengan jayanya.Kalah menang bukannya menjadi ukuran tetapi kejayaan PUM itu sendiri adalah yang lebih penting khusus buat golongan anak-anak pelajar. Bagi penulis yang turut sama berada disana mengikuti keseluruhan program dari awal hingga akhir ingin membuat kesimpulan bahawa PKen Perlis telah meletakkan tahap penganjuran PUM disuatu tahap `benchmark' yang perlu dicontohi dan diikuti terutamanya buat bakal tuan rumah akan datang. Cuma disini penulis ingin mengingatkan bahawa penganjuran program sebesar seperti ini tentunya adanya sedikit sebanyak kelemahan namun jika dikaji secara keseluruhan penganjuran program ini tetap berjaya tahniah buat Pengurus Besar PKEN Perlis, Dr Amar dan Encik Hasnan dan seluruh warga kerja PKEN Perlis.

(Peristiwa paling menarik...Seronok melihat gelagat pelajar begitu gembira apabila abang-abang rider mengiringi bas mereka ke Padang Besar.)

Posted by Hisham b. Hj Ithnin
http://pumpknns.blogspot.com/2009/06/tahniahtahniahtahniahpken-perlisberjaya.html

Monday, June 29, 2009

So Seh... So Seh.... Lagi...

Pada tahun ini keputusan persembahan terbaik di Konvensyen Program Usahawan Muda ke 13 yang telah di adakan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis telah memihak kepada kontijen MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka. Sekali lagi .........so ......seh...... so ......seh ........ kedengaran bila pemenang kategori ini membuat persembahan. Macam-macam SMS yang sampai, banyak pulak tu sampai kepada ketua juri En. Rasli Jamil. Kalau nak tahu lanjut tanyalah ketua juri persembahan ni.
Walaupun beliau telah berpesan siang-siang lagi jangan ada komen lagi nanti selepas perbincangan juri diadakan. Pemenang yang diistiharkan menang dirasakan paling layak dan memang sepatutnya menjadi pemenang. Tapi, nampaknya tidak begitu, lidah tak bertulang lah katakan. Ikut sedap hati aje bila nak bercakap, kononnya memberi pendapat. Beginilah juga berlaku dimana-mana pertandingan. Namun pemenang telah dinobatkan, itulah namanya rezeki. Berbaliklah kepada yang esa jua, kerana tiada siapa dapat memberi jaminan kemenangan memihak kepadanya melainkan beserahlah kepada Allah swt selepas bertungkus lumus berusaha. Kembalilah mengadu dengan Allah betapa kedilnya kita ini. Begitulah juga cabaran yang ada diluar sana, jika berpijak kepada dunia koperat sebenar, memang ada kalanya boleh membuat kita tersenyum gembira kerana memenangi hati pelanggan tetapi pelanggan juga mampu menjadikan kita pening kepala jika mereka mula "complaint" itu dan ini. Hilanglah sabar. Bukankah mereka adalah raja. Sebab itu Islam mendidik hambanya supaya banyak bersabar dan bertawakallah kepada Allah.
Apa pun, yang menang tetap menang. Tahniah kepada semua mereka yang menang!!! Yang tiada bukanlah kalah namanya tetapi berusahalah tanpa ada rasa jemu dan kenal putus asa. Kita berjumpa lagi di tahun hadapan, kembali dengan jiwa dan minda yang bersemangat baru. Tinggalkan peristiwa lama sebagai kenangan. I miss ........... you ALL.



Untuk gambar-gambar Konvensyen Nasional Ke 13 "click" Galeri Gambar sebelah kanan.



MITI akan tingkatkan kemudahan keusahawanan di sekolah

KANGAR 27 Jun — Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan meningkatkan kemudahan keusahawanan di sekolah terutama menyediakan kiosk untuk para pelajar menjalankan kegiatan perniagaan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) MITI Datuk Kamaruddin Ismail berkata pada masa ini sebanyak 360 kiosk perniagaan diwujudkan di sekolah-sekolah seluruh negara bagi membimbing para pelajar mengenali dunia perniagaan dan menyemai bakat mereka dalam bidang berkenaan.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) ke-13 peringkat kebangsaan di Politeknik Tuanku Syed Sirauddin Ulu Pauh dekat sini malam tadi, beliau berkata jumlah kiosk itu akan ditambah mengikut keperluan.

Kamaruddin berkata para pelajar yang disemai dengan semangat keusahawanan perlu mengembangkan bakat mereka selepas zaman persekolahan mereka.

“Tidak kira mereka lepasan sekolah rendah, menengah atau universiti, penyertaan dalam sektor keusahawanan amat digalakkan,” katanya.

— BERNAMA

Raja Muda Perlis mahu bumiputera bina semula tamadun

KANGAR 29 Jun — Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahukan supaya kaum Bumiputera membina semula tamadun cemerlang dalam bidang perniagaan melalui pelbagai peluang yang disalurkan oleh kerajaan.

Menurut baginda kegemilangan tamadun Melayu semasa zaman kesultanan Melaka menyaksikan Melaka berjaya menjadi pusat perdagangan di rantau ini namun kegemilangan itu runtuh selepas dijajah.

Berucap menutup konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) kebangsaan kali ke-13 di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ulu Pauh dekat sini malam tadi, baginda berharap kegemilangan itu dapat dikembalikan.

Sehubungan itu baginda berharap usahawan Bumiputera meningkatkan diri mereka ke taraf dunia supaya mereka tidak tewas kepada cabaran globalisasi.

Titah baginda kegiatan mereka tidak seharusnya bertumpu di dalam negara semata-mata, sebaliknya ia boleh dikembangkan ke negara-negara lain terutama di rantau Asean.

Terdahulu Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir dalam ucapannya berharap para pelajar yang menyertai PUM akan membantu menjayakan pembentukan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera.

Katanya program pembudayaan keusahawanan kepada para pelajar sekolah rendah dan PUM buat sekolah menengah serta program keusahawanan siswa yang dilaksanakan adalah sebahagian daripada langkah pembentukan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera.

Setakat ini program perintis usahawan dilaksanakan di 218 buah sekolah rendah di seluruh negara manakaka PUM dilaksanakan di 658 buah sekolah menengah dan program keusahawanan siswa dilaksanakan di 24 buah institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Konvensyen PUM anjuran Institut Keusahawan Negara (INSKEN) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) yang membabitkan penyertaan 600 pelajar itu berlangsung selama empat hari di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

BERNAMA

Melayu perlu bangkit kuasai ekonomi- Raja Muda Perlis

ARAU 29 Jun - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru orang Melayu agar bangkit mengangkat kembali tamadun kaum itu sehingga mampu menguasai ekonomi.

Baginda bertitah, orang Melayu dahulu kala membuktikan kejayaan tamadun mereka ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila berjaya menguasai pusat perdagangan rantau nusantara.

''Orang Melayu pada zaman itu ada yang berdagang sehingga ke China dan Arab. Tetapi semuanya musnah apabila kita dijajah.

''Bagi saya, orang Melayu juga boleh kembali berjaya sekiranya diberi peluang dan bersedia dengan ilmu keusahawanan. Program-program keusahawanan perlu dijadikan sebahagian platform permulaan yang baik bagi menuju ke arah itu," ujarnya.

Baginda bertitah demikian ketika menutup Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) Kebangsaan ke-13 di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ulu Pauh di sini malam tadi.

Turut berangkat pada majlis itu, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, orang Melayu dan bumiputera perlu membuktikan mereka tidak hanya bergantung dengan kerajaan.

''Mereka perlu menolak tohmahan tersebut dan bangkit membina tamadun sendiri terutama dalam bidang perniagaan,'' titah baginda.

Baginda seterusnya bertitah, dalam keadaan ekonomi sekarang usahawan Melayu dan bumiputera perlu kuat terutama untuk berdepan cabaran globalisasi agar tidak terus ketinggalan.

''Dalam hal ini kegiatan perniagaan tidak seharusnya tertumpu di dalam negara sahaja tetapi perlu dikembangkan ke negara lain.

"Kepada PUM, saya mencadangkan dalam keghairahan mendidik anak muda berniaga, jangan lupa menekankan perniagaan yang berkat. Ia akan menjadi lebih efektif jika etika perniagaan dalam Islam diberikan keutamaan," titah baginda.

Konvensyen selama empat hari yang dianjurkan oleh Institut Keusahawan Negara (Insken) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) itu disertai kira-kira 600 pelajar sekolah menengah seluruh negara.

Sehingga kini, program perintis usahawan dilaksanakan di 218 sekolah rendah seluruh negara.

PUM dilaksanakan di 658 sekolah menengah dan program keusahawanan siswa dilaksanakan di 24 institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Utusan Malaysia Online


Thursday, June 25, 2009

Insken Adakan Konvensyen Usahawan Di Perlis

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Konvensyen Program Usahawan Muda ke-13 peringkat kebangsaan akan diadakan di Politeknik Tunku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis mulai Jumaat hingga 29 Jun, 2009.Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Institut Keusahawanan Negara (Insken) berkata konvensyen itu akan diadakan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis."Kira-kira 600 pelajar, 75 guru dan 30 pegawai agensi dijangka menghadiri konvensyen itu," katanya.Insken berkata konvensyen itu bertujuan membolehkan pelajar dan guru bertukar-tukar idea dan meluaskan rangkaian, terutamanya aktiviti keusahawanan mereka di sekolah.-- BERNAMA

Sunday, June 21, 2009

Pegawai Seranta (LO) Kontijen

Selamat Datang Ke Perlis Semua Kontijen!!!

Untuk memudahkan semua kontijen, pegawai-pegawai berikut telah dilantik bagi membantu anda sepanjang berada di Perlis. Mereka adalah guru-guru pembimbing di bawah Program Usahawan Muda dan Program Printis Usahawan sekolah-sekolah Perlis. Setiap kontijen mempunyai 2 orang LO yang sedia berkhidmat untuk kontinjen anda. Diharap anda selesa dan gembira semasa berada di Perlis. Salam Keusahawanan! Selamat Berkonvensyen !!!

Senarai Pegawai Seranta (LO)






Bil Nama Pegawai Telefon Kontijen
1 FUAD ZAKIY ABD MANAF 019-457 0779 PERLIS

MARLINI ABD RAHMAN 012-434 0327
2 ROSNI WAHAB 019-540 2866 KEDAH

ROHANI DIN 019-481 1853
3 NOORSYAMILA OTHMAN 019-948 9324 P.PINANG

NAZIRAH HARUN 013-437 4314
4 MOHD ASRI MAT ISA 019-447 7475 PERAK

HASLINDAWATI SALIM 012-411 8990
5 CHE JULIAH RAMLI 019-559 1624 SELANGOR

W SHAFINI W AHMAD FARIDUDDIN 012-445 5277
6 ABD. RAHIM OTHMAN 012-587 2901 W.PERSEKUTUAN

NAZIRAH GHAZALI 019-559 5535
7 MOHD PUZI SENAWI 019-479 1789 N.SEMBILAN

SARIMAH SAAD 019-476 2260
8 MOHD FADZLI ISMAIL 012-535 2356 MELAKA

NORIDA AHMAD 019-480 6232
9 AMINUDDIN MOHAMAD 017-525 7210 JOHOR

KALSOM AKASAH 019-422 2060
10 MAHIME MAT ISA 012-574 1511 PAHANG

SYUHAIRAH DAHALAN 017-403 7455
11 MAZIRAH MOHAMAD 012-463 1907 TERENGGANU

ANITA KHALID 012-557 5929
12 W NORIZAN W OTHMAN 014-245 9543 KELANTAN

MAZNAH IKHSAN 019-755 7445
13 NORIZATUL AZMA ISMAIL 019-353 2944 SABAH

MOHD. NAZRI ALI 019-454 8656
14 KARTINI YUSOF 019-520 5594 SARAWAK

SITI ZAINAB MD SAMAN 013-770 4379
15 ZARIPAH ALSHAARI 012-445 5252 MRSM

ATHIYAH SHUIB 012-504 2420
16 ROZITA MORAT 012-467 4605 EXXON MOBIL

NORHASNIZAH CHE OMAR 019-404 7209