Monday, June 29, 2009

So Seh... So Seh.... Lagi...

Pada tahun ini keputusan persembahan terbaik di Konvensyen Program Usahawan Muda ke 13 yang telah di adakan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis telah memihak kepada kontijen MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka. Sekali lagi .........so ......seh...... so ......seh ........ kedengaran bila pemenang kategori ini membuat persembahan. Macam-macam SMS yang sampai, banyak pulak tu sampai kepada ketua juri En. Rasli Jamil. Kalau nak tahu lanjut tanyalah ketua juri persembahan ni.
Walaupun beliau telah berpesan siang-siang lagi jangan ada komen lagi nanti selepas perbincangan juri diadakan. Pemenang yang diistiharkan menang dirasakan paling layak dan memang sepatutnya menjadi pemenang. Tapi, nampaknya tidak begitu, lidah tak bertulang lah katakan. Ikut sedap hati aje bila nak bercakap, kononnya memberi pendapat. Beginilah juga berlaku dimana-mana pertandingan. Namun pemenang telah dinobatkan, itulah namanya rezeki. Berbaliklah kepada yang esa jua, kerana tiada siapa dapat memberi jaminan kemenangan memihak kepadanya melainkan beserahlah kepada Allah swt selepas bertungkus lumus berusaha. Kembalilah mengadu dengan Allah betapa kedilnya kita ini. Begitulah juga cabaran yang ada diluar sana, jika berpijak kepada dunia koperat sebenar, memang ada kalanya boleh membuat kita tersenyum gembira kerana memenangi hati pelanggan tetapi pelanggan juga mampu menjadikan kita pening kepala jika mereka mula "complaint" itu dan ini. Hilanglah sabar. Bukankah mereka adalah raja. Sebab itu Islam mendidik hambanya supaya banyak bersabar dan bertawakallah kepada Allah.
Apa pun, yang menang tetap menang. Tahniah kepada semua mereka yang menang!!! Yang tiada bukanlah kalah namanya tetapi berusahalah tanpa ada rasa jemu dan kenal putus asa. Kita berjumpa lagi di tahun hadapan, kembali dengan jiwa dan minda yang bersemangat baru. Tinggalkan peristiwa lama sebagai kenangan. I miss ........... you ALL.



Untuk gambar-gambar Konvensyen Nasional Ke 13 "click" Galeri Gambar sebelah kanan.



4 comments:

  1. "So seh...So seh...Lagi" merupakan perkara biasa. Walau bagaimanapun, adakah tepat atau betul sekiranya perkara subjektif, pemarkahan yang diberi oleh salah seorang juri mencecah 100%. Lainlah sekiranya persembahan tersebut berbentuk objektif dan semua jawapannya betul, barulah dapar markah penuh 100%.

    ReplyDelete
  2. " So seh... so seh... Lagi " merupakan perkara biasa. Tapi adakah tepat atau betul perkara sujektif dalam persembahan terdapat seorang juri memberi markah penuh 100%. Kalau persembahan tersebut objektif, tak pa lah...

    ReplyDelete
  3. kena.. lah semak semula cara penjurian lak.. mungkin boleh guna penjurian profesional 70% dan 30% warga dewan (SMS) nanti... baru komersil lak.. ha..ha..ha amacam?

    ReplyDelete