Thursday, November 10, 2011

Ahli Semua

Sukacita di maklumkan bahawa program NCIA-MTDC Symbiosis di perkenalkan untuk menggalakkan graduan universiti untuk menceburi bidang pengkomersilan teknologi daripada universiti-universiti dan institusi penyelidikan tempatan. Program ini bertujuan untuk membentuk golongan usahawan di kalangan siswazah yang berminat di dalam aktiviti pengkomersilan dan seterusnya memasarkan produk-produk ke pasaran.

Program NCIA-MTDC Symbiosis ini adalah khusus untuk graduan-graduan yang bermastautin di dan/atau berasal daripada negeri-negeri sebelah utara (Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) sahaja.

Peserta program akan menjalani dua peringkat latihan. Di peringkat pertama, peserta yang terpilih akan melalui 3 (tiga) fasa latihan dalam tempoh 1 bulan.

Fasa I : Kursus induksi - Pengenalan kepada teknologi yang terpilih

Fasa II : Kursus Usahawan

Fasa III : Bengkel Pengkomersilan - Pembentangan modul-modul tentang konsep dan amalan di dalam proses peng- komersilan.

Selepas tamat peringkat pertama peserta dikehendaki menyediakan pelan perniagaan di dalam mengkomersilkan teknologi yang dipilih berdasarkan kepada kursus yang dihadiri. Diperingkat kedua, kesemua peserta akan dinilai dan hanya 20 peserta terbaik yang memenuhi kriteria yang ditetapkan akan terpilih dan berpeluang memulakan syarikat dan perniagaan mereka. Syarikat-syarikat ini juga akan mendapat pembiayaan dari MTDC dan akan melalui proses inkubasi selama 24 bulan di salah satu pusat teknologi di bawah pengurusan MTDC. Di sini mereka akan terus menerima bantuan dan bimbingan untuk memastikan proses pengkomersilan berjalan dengan jayanya.

Sekiranya saudara/i bekerja ketika ini tetapi berminat untuk menyertai kursus, saudara/i dinasihatkan untuk mengambil cuti panjang. Kursus akan bermula pada 3 – 25 Disember 2011 di Pulau Pinang. Kemudahan tempat tinggal termasuk makan/minum serta elaun akan diberikan kepada peserta.

Saudara/i boleh membuat permohonan secara online melalui http://210.19.31.148/ncia/appform.php. Butiran resume boleh dikemukakan semasa sesi interbiu nanti.

Sekian, harap maklum dan wassalam.




Northern Corridor Implementation Authority ("NCIA")

General Line : +604 - 616 9600

Direct Line : +604 - 616 9601

Fax : +604 - 616 9700

Email : rodziana@ncer.com.my

Website : www.ncer.com.my




Sunday, July 3, 2011

Jom Bisnis Online....tunggu apa lagi!

Sejak mengenali FB nampaknya blog ni agak tertinggal. Almaklumlah, FB lebih mudah, bergaya dan ramai giler yang meminatinya tak kira muda atau tua. Selain menghebahkan maklumat, sudah tentu tak mahu melepaskan peluang berniaga juga. Sambil menyelam minum air la...kan. Zon internet terbentang luas untuk berniaga seperti mana semua orang tahu. Tetapi sudah berapa ramai yang telah mula berniaga online? Ramai giler dah mula......tak juga, yang banyak giler hanyalah berseronok chating dan usik-usik yang menjadi hiburan. Sekalipun dah tahu peluang berniaga tu memang luas. Sering yang ditanya, nak berniaga apa dalam internet ni? Cakap senangla... tapi....bisnis apa ?

Jom kita tengok website ini http://www.Yestune.com/?ref=76 . Produk jimat minyak - Miracle Fuel Up Grader. Boleh katakan semua orang ada kereta, kenapa tak pakai Fuel Saver yang luarbiasa ni. Disamping jimat cermat boleh buat duit sampingan pula tu.

Kami telah uji pada banyak kereta. Tapi paling best di kereta waja 1.6 dan Perdana 2.0.

Sebelum ni Perdana hanya boleh pakai RON97. Kalau pakai RON95 mesti semput. So tak boleh nak save la.. Tapi bila pasang Miracle Fuel Saver, lain jadinya. Kalau dulu isi minyak RON97, tapi sekarang tak malu-malu lagi selamba ja isi RON95. Orang kata gila apa guna Perdana isi RON95, tapi peduli apa. Dengan Miracle Fuel Saver bukan setakat save minyak, tapi yang bestnya mana ada semput-semput bang oii.., pick up pun bertambah. Biasanya kalau balik dari Damansara ke Alor Setar Full tank la dengan RON97. Tapi bila pasang Miracle Fuel Saver + Minyak RON95 = ¾ tangki je. Jimat la minyak banyak tuu…

Beza harga minyak petrol RON95 = RM1.90 RON97 = RM2.90. Beza RM1 seliter beb. Kalau 100 liter dah RM100. Boleh belanja member makan malam lagi duit tu…

Satu lagi bila test Waja 1.5 Manual. Bila test dari Alor Setar terus keluar Jalan Duta cari Petronas terdekat isi semula, isian semula cuma RM50. 440 km save RM20 dengan Miracle Fuel Saver. Sebelum pasang Miracle Fuel Saver waja guna minyak RM70.

Nak pasang pun senang. Yang best kita boleh jimat sikit duit minyak dan pick up memang Power.

Haaa… Ni nak cerita sedikit peluang buat duit. Bukan setakat barang saja yang kita dapat ada peluang lagi boleh buat duit. Sebelum ini semua barang yang kita beli habis cam tu je. Syarat mudah, beli je produk ni dah boleh join jadi affiliate dan mula buat duit.

Affiliate boleh buat duit cara aktif dan pasif. Cara aktif setiap orang yang kita sponsor dan mereka membeli produk ini akan dibayar RM20/orang. Lepas itu kita automatic boleh join pendapatan pasif sehingga 5 level dengan setiap level dibayar RM10.

Nak tahu lanjut lawatlah website ini, klik jer di bawah, Jom deraih.....apa tunggu lagi?

http://www.Yestune.com/?ref=76 klik banner atas.

Atau Tel dan SMS ke 019-4179020 jika berminat berniaga online!

Saturday, March 12, 2011

BEE Sdn. Bhd. 09/10

...hasil kerja berpasukan dan kesungguhan telah membuahkan KEJAYAAN pasukan SMK Badlishah Kulim, Kedah tahun lalu 2010 peringkat nasional yang dikongsi bersama.... untuk dicontohi...tahniah. ... lebih success lagi kalu jadi usahawan hakiki dalam 5 hingga 10 tahun akan datang leh!!!


Monday, November 22, 2010

Salam Success Dalam SPM

Semoga success kepada semua para pelajar yang menduduki peperiksaan SPM. Doakan kalian semua tenang dan berhati-hati menghadapi ujian......Salam Kecemerlangan!!!

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidil Adha

Buat semua,,,,pegawai-pegawai jabatan pelajaran, guru-guru pembimbing, para pelajar dan bekas pelajar yang terlibat dengan Program Usahawan Muda baik dimana jua berada. Ikhlaskan dalam apa jua yang dilakukan adalah pengorbanan yang sangat tinggi bagi insan yang berbudi.

BisnispuM

Monday, September 20, 2010

Brillex Corporation Sdn. Bhd. - PUM Perlis 2009

Syabas !!! penghasilan yang baik dan kreatif.......perkongsian pengalaman wakil PUM Perlis 2010. Dihasilkan oleh salah seorang ALP syarikat berkenaan.............disamping menghantar mesej cabaran kepada ahli PUM sekolah-sekolah lain tak ????????? Teruskan perjuangan keusahawanan walaupun tidak lagi bersama PUM nanti, doakan kejayaan sebagai usahawan/jutawan hakiki cemerlang anda menanti bila-bila masa yang sesuai asalkan ada inisiatif..


Saturday, September 18, 2010

Al-Fatihah....

Y Bhg. Dato' Kaya Bakti Utz Dahlan b Md Zain pengetua sekolah menengah agama MATRI, Tunjung Beseri telah meninggal dunia hari ini. Beliau pernah dipilih sebagai pengetua terbaik di konvensyen Program Usahawan Muda peringkat negeri Perlis pada tahun 2008 dan 2009. Semoga beliau ditempatkan bersama-sama orang-orang beriman.

Sumber: http://www.facebook.com/group.php?gid=100920686614655&v=app_2373072738&ref=ts#!/photo.php?pid=31111010&id=1023175764&fbid=1466474094840&ref=mf

Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri ~ dan Maaf Zahir & Bathin buat semua penggunjung blog. Salah dan silap harap dimaafkan. Semoga hari raya kali ini lebih bermakna dan menambah inspirasi untuk melayari kehidupan yang mendatang.

Salam:-
anahsak