Thursday, August 27, 2009

Salam Kemerdekaan !! Merdeka!


31 Ogos datang lagi. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat semua. Semoga kemerdekaan negara sentiasa terpelihara dan dihargai bersama. Hayati erti kemerdekaan dengan sebaik-baiknya. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Friday, August 21, 2009

Ah..lan Ramadhan

Kini menjelma lagi bulan Ramadhan, bulan yang penuh barakah dan bulan pesta ibadah. Bulan yang dinanti-nanti ... kerana amalan di bulan ini punyai banyak kelebihan. Apa saja kerja ibadah dilakukan dengan ikhlas berganda-ganda pahalanya. Bulan ni juga dirantai iblis dan syaitan... dan berbagai-bagai kelebihan lagi bulan ini yang semua orang tahu!!
Kalu berniaga... pun hebat ganjarannya! Pahala dapat untung pun dapat jugak. Cuma kebiasaannya menjadikan kita terlupa untuk merebut kelebihan-kelebihan ibadah bulan Ramadhan. Terjadi sibuk persiapan-persiapan itu dan ini. Hinggakan "priority" jadi "secondary" pulak...

Sambutlah kedatangannya dengan rasa gembira ria ... saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua yang mengunjungi blog ini. Semoga Allah berikan kemudahan untuk kita menghayati keberkatan bulan Ramadhan kali ini.

Sunday, August 2, 2009

Bengkel Catur Bistari (Kedah & Perlis) ~ Menjana Hikmah Bisnis

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah telah menganjur bengkel catur bistari pada 30 Julai 2009 (Khamis) baru-baru ini di Darul Aman Golf Club, Jitra, Kedah. Guru-guru pembimbing Program Usahawan Muda (PUM) dan Program Printis Usahawan (PPU) negeri Perlis yang menyertai bersama bengkel ini telah berpeluang mendalami dan berkongsi pengetahuan bermain Catur Bistari dibawah tunjuk ajar perunding Johor Corporation. Permainan ini yang berasal dari Johor kini telah diterima ramai sebagai salah satu simulasi yang dapat menerapkan ciri-ciri usahawan yang berjaya. Disamping mendapat pengetahuan bermain catur bistari amat mencabar dan menyeronokkan. Cubalah kalu tak percaya!!!
Melalui bengkel ini diharap para guru telah dapat menguasai permainan ini lebih mantap lagi dan akan memanjangkan pengetahuan dan pengalaman kepada para pelajar di sekolah masing-masing. Bukan sekadar bermain malah mampu memahami dan menghayati hikmah bisnis disebalik permainan catur bistari. Kalu dah mahir boleh lah nanti sertai pertandingan-pertandingan yang diadakan nanti samada pertandingan tertutup atau terbuka yang dianjurkan oleh mana-mana pihak. Untuk maklumat lanjut lagi mengenai permainan ini boleh lah layari laman Catur Bistari di http://www.caturbistari.com.my

Terima kasih lah PKNK, kerana tempat disediakan selesa dan makan pun best! Gambar tambahan di Galeri Gambar.