Friday, November 20, 2009

Selamat Bercuti

Haaaaaa..... dah pun mula bercuti!!! Selamat Bercuti kepada semua pelajar-pelajar. Pergilah Cuti-Cuti Malaysiaaaaaaaaaa....... ek.

Selamat Maju Jaya ~ Dalam Peperiksaan SPM


Selamat Maju Jaya - kepada semua ahli-ahli PUM yang menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Semoga berjaya dengan keputusan yang terbaik. Hadiah paling manis buat ayah-ibu dan guru-guru. ALL THE BEST AND GOOD LUCK!!!


Thursday, October 29, 2009

Kem Kecermelangan Kendiri PUM 2009

Sebelum menutup tirai program usahawan muda tahun ini, PKENPs telah mengadakan kem kecermelangan untuk barisan kepimpinan PUM pada 16-18 Oktober 2009 baru-baru ini bertempat di Tasoh Lake Resort, Perlis. Seramai 108 orang pelajar sekolah menengah seluruh negeri Perlis yang terdiri daripada 51 orang lelaki dan 57 perempuan telah mengikuti program ini. Para peserta telah didedahkan dengan beberapa kegiatan lasak yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal. Sudah tentu rintangan dan halangan yang dihadapi memerlukan kerjasama dan kesabaran di kalangan rakan sepasukan. Disinilah peserta diuji sejauh mana boleh bekerjasama dan berkebolehan memimpin rakan sepasukan yang mempunyai berlainan personaliti. Begitulah juga semasa berhadapan karenah rakan-rakan dalam satu syarikat di sekolah masing-masing. Mesti boleh berlapang dada dan berbincang. Memang mencabar dan menguji kesabaran. Itulah pun syarat untuk berjaya mesti banyak bersabar, rajin berusaha, berkerjasama, saling bantu membantu, menghormati pemimpin, taat dan setia, bertawakal barulah misi pasukan masing-masing tercapai dengan berjaya. Mana ada jalan pintas untuk berjaya tanpa ada usaha. Walaupun letih tapi berbaloi.
Tengoklah saja apa yang dikongsikan bersama oleh usahawan-usahawan yang telah berjaya dengan para peserta. Tidak semudah seperti yang disangka, untuk menempah kejayaan di dalam perniagaan yang mereka jalankan. Terpaksa bermula dari kecil dan berkembang barulah dapat mengecapi kejayaan yang diimpi-impikan.
Kedudukan resort secara amnya adalah menarik dan mengashikkan. Keindahan tasiknya sungguh menawan. Cuma kawasan diadakan kem kali ini, para peserta terpaksa tinggal di dalam kemah. Memandangkan resort ini baru saja memulakan operasi, memanglah banyak kekurangan dan kelemahannya. Tak syok sikit-sikit tu biasalah. Mungkin dimasa akan datang resort akan lebih bersedia dan tersusun lancar semua aktiviti.
Untuk gambar penuh klik pada Galeri Gambar sebelah kanan.

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1430

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua yang sudi bertandang ke blog ni. Baik pegawai, guru, pelajar, bekas pelajar, kawan-kawan dan pelawat sekali pun diucapkan salam aidil fitri dan ampun maaf dipinta dari saya. Di doakan semoga berbahagia sentiaa buat semua.

Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang menghantar kad-kad raya, e-card raya dan sms serta ucapan salam di corong media. Maaf la kalu ada yang tertinggal tak berbalas secara tidak sengaja.

Insyallah saya raya ke Taiping, Nilai-Seremban dan Kg. Kuantan Selangor.. barulah sampai Perlis.

Wednesday, September 9, 2009

Jom Jadi Ahli Alumni PUM !!!

Setelah sekian lama (13 tahun) pelaksanaan Program Usahawan Muda, ada baiknya jika dapat menjejaki bekas-bekas pelajar yang pernah mengikuti PUM semasa di sekolah. Tentunya, ada yang sudah bekerja dan ada yang sudah boleh digelar usahawan. Paling syok dikongsi lagi, kalau dah ada yang boleh digelar hartawan, jutawan atau lebih hebat bilionwan. Ramai juga yang mungkin sudah boleh di sebut orang besar bergelar. Semuanya tidak mustahil.

Tetapi dimana semua bekas-bekas ahli PUM itu sekarang?

Oleh itu, sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri ini mungkin ramai yang mahu berkongsi kesah-kesah nostalgia semasa bersama PUM dahulu. Mungkin ada kenangan manis dan pahitnya. Ramai juga yang mungkin sudah mula membuka lembaran baru sebagai orang baru pula. Yang berjaya tentu nak bagi tau semua orang kan! Mungkin ada juga yang sedang "strugle" untuk membina kehidupan lebih baik dari dahulu. Atau yang tak mahu susah-susah meredah cabaran dan halangan serta rintangan, maka jadilah penjawat awam atau anggota kerja (pekerja) kepada mana-mana syarikat. Ada yang jadi bos di pejabat, doktor, jurutera, peguam, pensyarah, guru, ustaz, ustazah, artis ???, dsb. Namun semua itu, adalah universiti kehidupan yang pasti dilalui oleh semua orang. Tak kesah lah tu.

Anda diluar sana dipelawa untuk menjadi ahli Alumni Program Usahawan Muda!!! Mai cepat daftar, download (muat turun) borang permohonan menjadi ahli dan kembalikan ke Bahagian Pembangunan Usahawan atau emel balik (anahsak@gmail.com) kepada kami. Disamping itu, jawaplah soal selidik disudut kanan tu!

Salam Reunited / Reunion ahli PUM!!!

Monday, September 7, 2009

Bahaya H1N1 ~ Selsema Babi

H1N1 semua orang dah mengetahuinya. Risiko dijangkiti boleh saja berlaku dimana saja pada bila-bila masa. Namun dengan menjelang tiba perayaan besar Hari Raya, ramai yang semakin lupa mengenainya. Apa tidaknya, masih ramai tidak begitu ambil indah tentang penggunaan penutup hidung dan mulut yang disarankan bila berada di kawasan orang ramai. Mungkin dah lupa..... dan terasa selesa dan selamat tidak menggunakannya. Maklumlah angka kematian tidak lagi bertambah seperti awal-awal dulu. Bila berlaku lagi kematian, baru la.. nak ikut panduan dan peringatan yang dihebah-hebahkan oleh semua media massa. Tambah-tambah dimusim perayaan ... Raya......kan. Apa pun, jagalah diri dan keluarga masing-masing daripada terdedah kepada risiko H1N1.

Selain dari itu, jangan lupa untuk mengajak kawan-kawan mengadu kepada ALLAH SWT. Dirikan sembahayang hajat bersama-sama! Berdoalah, moga-moga Allah jauhkan wabak ini dari terus menular. Insyallah, berdoa di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, Allah pelihara kita semua.

Laman Kementerian Kesihatan yang secara khusus mengenai H1N1 di http://h1n1.moh.gov.my/ .
Klik sebelah kanan atas http://www.tipsihat.com/index.php?ref=anahsak dan download untuk maklumat tambahan.

Tentang H1N1 juga, beberapa program PUM dan PPU terpaksa ditangguhkan. Kemudian bertemu pulak dengan Ramadahan. Tapi mungkin dua minggu selepas raya akan ada aktiviti semula seperti dirancang. Cuma bagi mereka yang tidak terlibat dengan peperiksaan penggal dan persiapan peperiksaan besar sahaja yang akan dipelawa mengikuti program rutin PUM. Antaranya kem kecermelangan, kursus ICT dan kalu sempat kursus pembubaran syarikat. Pada waktu ini kemungkinan syarikat-syarikat PUM telah masuk peringkat akhir operasi sebelum pembubaran. Jadi eloklah kumpul-kumpulkan maklumat dan agih-agihkan tugas mengikut peranan masing-masing sebagai persediaan pembubaran. Bincang lah dengan guru besar atau guru pembimbing masing-masing untuk mendapatkan nasihat bagi menutup operasi perniagaan syarikat mengikut lunas undang-undang seperti dalam modul. Ada masa lagi....tapi jangan ditangguh-tangguhkan..

Thursday, August 27, 2009

Salam Kemerdekaan !! Merdeka!


31 Ogos datang lagi. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat semua. Semoga kemerdekaan negara sentiasa terpelihara dan dihargai bersama. Hayati erti kemerdekaan dengan sebaik-baiknya. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Friday, August 21, 2009

Ah..lan Ramadhan

Kini menjelma lagi bulan Ramadhan, bulan yang penuh barakah dan bulan pesta ibadah. Bulan yang dinanti-nanti ... kerana amalan di bulan ini punyai banyak kelebihan. Apa saja kerja ibadah dilakukan dengan ikhlas berganda-ganda pahalanya. Bulan ni juga dirantai iblis dan syaitan... dan berbagai-bagai kelebihan lagi bulan ini yang semua orang tahu!!
Kalu berniaga... pun hebat ganjarannya! Pahala dapat untung pun dapat jugak. Cuma kebiasaannya menjadikan kita terlupa untuk merebut kelebihan-kelebihan ibadah bulan Ramadhan. Terjadi sibuk persiapan-persiapan itu dan ini. Hinggakan "priority" jadi "secondary" pulak...

Sambutlah kedatangannya dengan rasa gembira ria ... saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua yang mengunjungi blog ini. Semoga Allah berikan kemudahan untuk kita menghayati keberkatan bulan Ramadhan kali ini.

Sunday, August 2, 2009

Bengkel Catur Bistari (Kedah & Perlis) ~ Menjana Hikmah Bisnis

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah telah menganjur bengkel catur bistari pada 30 Julai 2009 (Khamis) baru-baru ini di Darul Aman Golf Club, Jitra, Kedah. Guru-guru pembimbing Program Usahawan Muda (PUM) dan Program Printis Usahawan (PPU) negeri Perlis yang menyertai bersama bengkel ini telah berpeluang mendalami dan berkongsi pengetahuan bermain Catur Bistari dibawah tunjuk ajar perunding Johor Corporation. Permainan ini yang berasal dari Johor kini telah diterima ramai sebagai salah satu simulasi yang dapat menerapkan ciri-ciri usahawan yang berjaya. Disamping mendapat pengetahuan bermain catur bistari amat mencabar dan menyeronokkan. Cubalah kalu tak percaya!!!
Melalui bengkel ini diharap para guru telah dapat menguasai permainan ini lebih mantap lagi dan akan memanjangkan pengetahuan dan pengalaman kepada para pelajar di sekolah masing-masing. Bukan sekadar bermain malah mampu memahami dan menghayati hikmah bisnis disebalik permainan catur bistari. Kalu dah mahir boleh lah nanti sertai pertandingan-pertandingan yang diadakan nanti samada pertandingan tertutup atau terbuka yang dianjurkan oleh mana-mana pihak. Untuk maklumat lanjut lagi mengenai permainan ini boleh lah layari laman Catur Bistari di http://www.caturbistari.com.my

Terima kasih lah PKNK, kerana tempat disediakan selesa dan makan pun best! Gambar tambahan di Galeri Gambar.


Monday, July 27, 2009

Perlis Team 2009

Sekali pun gagal dalam persembahan dan beberapa kategori lain, tapi anda semua hebat!!! Anda berjaya memberi tentangan dan saingan yang memang patut dipuji. Mengekalkan tempat dalam kategori Perkhidmatan amat membanggakan walaupun sekadar ditempat kedua pada tahun ini. Kemenangan dalam permainan Catur Bistari kategori amal terbanyak setidak-tidaknya juga meninggalkan kenangan manis bagi pasukan Perlis.
Di atas komitmen dan kerjasama berpasukan yang semua ahli tunjukkan perlu di mantapkan lagi dimana akan datang. Ruang untuk berjaya sentiasa luas terbentang, hanya perlu lebih gigih dan menampilkan kebolehan berpasukan didalam menjalankan aktiviti. Ya la.... mungkin di tahun akan datang pula 2010 ~ sasaran baru lak!! Giliran Perlis akan datang jua.... Pegawai dan guru-guru terlibat terima kasih banyak-banyak. Jasa dan khidmat bakti semuanya tidak dilupakan. Tersemat dihati selalu.


Monday, July 20, 2009

Penilaian Penganjuran Konv PUM Ke 13


Tak berapa hari lagi genap sebulan berlalu Konvensyen PUM Peringkat Nasional Ke 13 yang telah di adakan di negeri paling utara sekali iaitu Perlis. Tentunya, ada yang menarik, "best" dan yang tak boleh dilupakan atau tak kurang juga yang kurang menyenangkan, tak "best" rasa tak puas hati ke dsb. Baik para peserta dari kalangan pelajar mahupun guru pembimbing atau pegawai-pegawai PKEN dan JPN yang terlibat.

Boleh tak bagi komen/ulasan yang mungkin dapat membantu penganjur konvensyen yang akan menjadi hos nanti memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu penganjuran. Anda bebas mengemukakan isu/masalah atau pandangan dari aspek apa pun. Tentu ramai yang punyai idea yang hebat-hebat tu. Al maklumlah ahli-ahli lembaga pengarah kebanyakkannya dan barisan kepimpinan syarikat.... cungkilkan idea-idea tersebut dan taburkan di blog ini. Tak mungkin tiada pihak yang mendengar.....!!! Cuma diingatkan jangan mencaci menghina mengutuk dll yang terlalu sensitif sudah la, sebut je secara umum cukuplah. Boleh tak???

Wednesday, July 8, 2009

"Technically" Pertandingan Persembahan Syarikat Memuaskan


Kalau dibanding pada tahun lepas dengan tahun ini, dari segi slide presentation amat berbeza sekali. Tahun lepas banyak kontijen yang terpaksa ditunda persembahan disebabkan masalah teknikal. Pada tahun ini hampir tiada langsung masalah teknikal, walaupun ada kontijen yang menggunakan komputer sendiri. Malah undian dan diselaraskan dengan masalah teknikal telah dapat mengurangkan kesilapan teknikal dan menjimatkan masa. Tahniah lah secara khusus kepada Jawatankuasa Persembahan dan Stage Manager yang di pimpin oleh En. Rashidi Arash b Abdul Rashid, serta krew-krewnya.
Para peserta juga tidak mengemukakan sebarang aduan mengenainya, sekalipun terdapat slide yang dipaparkan ada ketikanya tidak mengeluarkan suara. Malah mendapat kedudukan pula dalam konvensyen kali ini. Persembahan slide yang menarik juga belum tentu menjamin kedudukan tempat di konvensyen. Perkara ini telah dibincangkan dengan panjang lebar semasa pertemuan para juri persembahan sebelum pertandingan. Ada yang mencadangkan supaya diwujudkan terma bagi menyelaraskan semua persembahan pertandingan tanpa menafikan kreativiti peserta. Ada juga yang lebih suka memberi kebebasan kepada para peserta. Perbezaan ini juga terjadi kerana juri-juri yang dipilih mempunyai latarbelakang dan pengalaman yang tidak sama. Seronoknyna, juri-juri ini bersatu hati untuk melihat generasi PUM terus berjaya suatu masa nanti.
Pengerusi Juri Persembahan, En. Rasli Jamil.

Kategori Syarikat & Anugerah Khas PUM

Generation Sanguine Sdn. Bhd., Selangor
Johan - Syarikat Terbaik
Empiris Sdn. Bhd., MRSM Melaka
Naib Johan - Syarikat Terbaik
Excellent Crew, Johor
Ketiga - Syarikat Terbaik
Anugerah Khas PUM
Johan - Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Selangor

Kategori Persembahan Syarikat

Empiris Sdn. Bhd., MRSM
Johan - Persembahan Syarikat
Generation Sanguine Sdn. Bhd., Selangor
Naib Johan - Persembahan Syarikat
Excellent Crew, Johor
Ketiga - Persembahan Syarikat

Kategori Produk

Smart X-Light, Selangor
Johan - Produk
Bamboo Khat, P.Pinang
Naib Johan - Produk
Sigma Organic Fertilizer, Perak
Ketiga - Produk

Kategori Perkhidmatan

Melobrate (Permainan Muzik), Johor
Johan - Perkhidmatan
Cyber Solutions, Perlis
Naib Johan - Perkhidmatan
Juse Woodball Club, Pahang
Ketiga - Perkhidmatan

Kategori Pengurus

Muhammad Fair b Erfan, Selangor
Johan - Pengurus
Abdul Samad b Abdul Rahman, P.Pinang
Naib Johan - Pengurus
Amirul Hakim b Noor Haizat, Johor
Ketiga - Pengurus

Kategori Pengetua

Tuan Hj Zulkipli b Hj. Mahmud, Johor
Johan - Pengetua

Puan Noor Hayati bt Sarbini, Selangor
Naib Johan - Pengetua
En. Husin b Md Yunus, Pahang
Ketiga - Pengetua

Ketegori Guru Pembimbing

Mungkin ramai juga yang ingin melihat wajah-wajah mereka yang menjadi juara pada tahun ini dari dekat. Saya fikirkan elok juga dipaparkan supaya, mereka juga benar-benar bakal jadi juara usahawan berjaya suatu masa nanti....... saya dan rakan-rakan doakan...!

Puan Zubaidah bt Mohamad Ali, P. Pinang
Johan - Guru Pembimbing
Cik Nurul Afzanizan bt Md Shaik, Johor
Naib Johan - Guru Pembimbing

Puan Rohani bt Mulup, Negeri Sembilan
Ketiga - Guru Pembimbing


Monday, July 6, 2009

KEPUTUSAN AKTIVITI TAMBAHAN KONVENSYEN PUM KE-13

ANUGERAH

PERINGKAT

PEMENANG

KUIZ KEUSAHAWANAN

Johan

Pemenang

MELAKA

Naib Johan

Pemenang

KEDAH

Ketiga

Pemenang

MRSM

Keempat

Pemenang

EXXON-MOBIL

ANUGERAH

PERINGKAT

PEMENANG

BIZ RACE

Johan

Pemenang

SABAH

Naib Johan

Pemenang

JOHOR

Ketiga

Pemenang

WILAYAH PERSEKUTUAN

Keempat

Pemenang

PULAU PINANG

ANUGERAH

PERINGKAT

PEMENANG

CATUR BISTARI

Pertama ke Laluan Tijarah

Pemenang

NEGERI SEMBILAN B

Pertama ke Laluan Jihad Bisnis

Pemenang

MARA A

Kumpulan Mata Amal Tertinggi

Pemenang

PERLIS

ANUGERAH

PERINGKAT

PEMENANG

CATUR BISTARI

Kump. Nilai Aset Tertinggi

Johan

Pemenang

JOHOR A

Naib Johan

Pemenang

JOHOR B

Ketiga

Pemenang

SELANGOR A

Keempat

Pemenang

SELANGOR B

Sunday, July 5, 2009

KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH KONVENSYEN PROGRAM USAHAWAN MUDA NASIONAL KE-13

ANUGERAH

PERINGKAT

PEMENANG

1. Syarikat Terbaik

Johan

GENERATION SANGUINE SDN. BHD.

(SMK GOMBAK SETIA, SELANGOR)

Naib Johan

EMPIRIS SDN. BHD.

(MRSM TUN GHAFAR BABA, JASIN MELAKA)

Ketiga

EXCELLENT CREW

(MAKTAB SULTAN ABU BAKAR

JOHOR BHARU, JOHOR)

2. Produk Terbaik

Johan

Pemenang: SMART X-LIGHT

X-TREME SDN. BHD.

(SMK JUGRA, BANTING,SELANGOR)

Naib Johan

Pemenang: BAMBOO KHAT

AL-TIJARAH GENERATION SDN. BHD.

(SMK AGAMA AL-MASHOOR (LELAKI), J. AIR HITAM, PULAU PINANG)

Ketiga

Pemenang: SIGMA ORGANIC FERTILIZER

SIGMA SDN BHD

(SMK SAINS SULTAN AZLAN SHAH, TAIPING, PERAK)

3. Perkhidmatan Terbaik

Johan

Pemenang: MELOBRATE (PERMAINAN MUZIK)

SMARTECH SEGAMAT

(SM TEKNIK SEGAMAT, SEGAMAT, JOHOR)

Naib Johan

Pemenang: CYBER SOLUTIONS

INSPEX CORPORATION SDN. BHD.

(MA’HAD ATTARBIYAH AL-ISLAMIYAH, PERLIS)

Ketiga

Pemenang: JUSE WOODBALL CLUB

JULANG SERI SDN. BHD.

(SMK SERI LIPIS, KUALA LIPIS, PAHANG)

4. Pengurus Terbaik

Johan

Pemenang:

MUHAMMAD FAIR BIN ERFAN

GENERATION SANGUINE SDN. BHD.

(SMK GOMBAK SETIA, GOMBAK, SELANGOR)

Naib Johan

Pemenang:

ABDUL SAMAD BIN ABDUL RAHMAN

PNT MEGA SUCCESS SDN. BHD.

(SMK PENANTI, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG)

Ketiga

Pemenang:

AMIRUL HAKIM BIN NOOR HAIZAT

EXCELLENT CREW

(MAKTAB SULTAN ABU BAKAR, JOHOR BHARU, JOHOR)\

5. Persembahan Terbaik

Johan

Pemenang:

EMPIRIS SDN. BHD.

(MRSM TUN GHAFAR BABA, JASIN MELAKA)

Naib Johan

Pemenang:

GENERATION SANGUINE SDN. BHD.

(SMK GOMBAK SETIA, SELANGOR)

Ketiga

Pemenang:

EXCELLENT CREW

(MAKTAB SULTAN ABU BAKAR

JOHOR BHARU, JOHOR)

6. Guru Pembimbing Terbaik

Johan

Pemenang:

PUAN ZUBAIDAH BT MOHAMAD ALI

(SMK PENANTI, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG)

Naib Johan

Pemenang:

CIK NURUL AFZANIZAN BINTI MD SHAIK

MAKTAB SULTAN ABU BAKAR, JOHOR BHARU, JOHOR

Ketiga

Pemenang:

PUAN ROHANI BTE MULUP

SMK SERI AMPANGAN, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

7. Pengetua Terbaik

Johan

Pemenang:

TUAN HAJI ZULKIPLI BIN HAJI MAHMUD

MAKTAB SULTAN ABU BAKAR, JOHOR BHARU, JOHOR

Naib Johan

Pemenang:

PUAN NOOR HAYATI BT SARBINI

SMK JUGRA, BANTING,SELANGOR

Ketiga

Pemenang:

ENCIK HUSIN BIN MD YUNUS

SM AGAMA AL-WOSTO, TEMERLOH, PAHANG

8. Anugerah Khas PUM

Johan

Pemenang:

PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)