Wednesday, July 8, 2009

"Technically" Pertandingan Persembahan Syarikat Memuaskan


Kalau dibanding pada tahun lepas dengan tahun ini, dari segi slide presentation amat berbeza sekali. Tahun lepas banyak kontijen yang terpaksa ditunda persembahan disebabkan masalah teknikal. Pada tahun ini hampir tiada langsung masalah teknikal, walaupun ada kontijen yang menggunakan komputer sendiri. Malah undian dan diselaraskan dengan masalah teknikal telah dapat mengurangkan kesilapan teknikal dan menjimatkan masa. Tahniah lah secara khusus kepada Jawatankuasa Persembahan dan Stage Manager yang di pimpin oleh En. Rashidi Arash b Abdul Rashid, serta krew-krewnya.
Para peserta juga tidak mengemukakan sebarang aduan mengenainya, sekalipun terdapat slide yang dipaparkan ada ketikanya tidak mengeluarkan suara. Malah mendapat kedudukan pula dalam konvensyen kali ini. Persembahan slide yang menarik juga belum tentu menjamin kedudukan tempat di konvensyen. Perkara ini telah dibincangkan dengan panjang lebar semasa pertemuan para juri persembahan sebelum pertandingan. Ada yang mencadangkan supaya diwujudkan terma bagi menyelaraskan semua persembahan pertandingan tanpa menafikan kreativiti peserta. Ada juga yang lebih suka memberi kebebasan kepada para peserta. Perbezaan ini juga terjadi kerana juri-juri yang dipilih mempunyai latarbelakang dan pengalaman yang tidak sama. Seronoknyna, juri-juri ini bersatu hati untuk melihat generasi PUM terus berjaya suatu masa nanti.
Pengerusi Juri Persembahan, En. Rasli Jamil.

No comments:

Post a Comment