Monday, July 20, 2009

Penilaian Penganjuran Konv PUM Ke 13


Tak berapa hari lagi genap sebulan berlalu Konvensyen PUM Peringkat Nasional Ke 13 yang telah di adakan di negeri paling utara sekali iaitu Perlis. Tentunya, ada yang menarik, "best" dan yang tak boleh dilupakan atau tak kurang juga yang kurang menyenangkan, tak "best" rasa tak puas hati ke dsb. Baik para peserta dari kalangan pelajar mahupun guru pembimbing atau pegawai-pegawai PKEN dan JPN yang terlibat.

Boleh tak bagi komen/ulasan yang mungkin dapat membantu penganjur konvensyen yang akan menjadi hos nanti memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu penganjuran. Anda bebas mengemukakan isu/masalah atau pandangan dari aspek apa pun. Tentu ramai yang punyai idea yang hebat-hebat tu. Al maklumlah ahli-ahli lembaga pengarah kebanyakkannya dan barisan kepimpinan syarikat.... cungkilkan idea-idea tersebut dan taburkan di blog ini. Tak mungkin tiada pihak yang mendengar.....!!! Cuma diingatkan jangan mencaci menghina mengutuk dll yang terlalu sensitif sudah la, sebut je secara umum cukuplah. Boleh tak???

7 comments:

  1. Assalamualaikum. Perjalanan komvensyen memang bagus .tahniah kepada penganjur. Cuma saya tidak berpuas hati dengan sikap juri perempuan yang tidak menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab dan saya mempunyai bukti video untuk menunjukkan perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab. sepanjang kontigen negeri XXXXX membuat persembahan mereka (tiga orang juri perempuan)tidak memberi perhatian langsung sebaliknya bersembang dan bergelak ketawa. Ini sedikit sebanyak menggangu emosi pembentang dan keputusan markah yang diberi tidak adil. Saya cadangkan agar juri-juri menjalankan tugas dengan penuh amanah kerana para pelajar dan guru pembimbing berusaha keras dalam menyertai konvensyen ini bukan sehari dua punya cerita tapi persiapan hampir satu tahun..Baiki sikap anda dan syabas juri dikalangan kaum adam kerana mendengar dan memberi perhatian...Ini bukan cakap-cakap kosong tetapi saya mempunyai bukti yang sahih. Bukan niat untuk memburukkan sesiapa sekadar memberi teguran. Sekian.

    ReplyDelete
  2. Keikhlasan suara sebegini yang ingin didengar, terima kasih di atas ulasan anda memulakan bicara ini. Tak ramai mahu mendengar sebab berbicara dari lidah dan mata pena adakalanya lebih tajam dari mata pedang. Depa berbincang kot u!! ambil maklum

    ReplyDelete
  3. Saya cuma ingin cadangkan agar ada satu format yang jelas dalam penyediaan laporan tahunan. Kursus2 yang dianjurkan kurang memberi pendedahan mengenai perkara ini. satu lagi yang paling tak adil ialah pelantikkan konsultan. Perkara ini pelu diambil serius kerana tahap pembentangan perlu seimbang dengan pelajar iaitu cuma tingkatan 4/5. Mereka perlu berfikir secara kretif dan inovatif sendiri tanpa bantuan pihak luar...tlg cadangkan perkara ini..if u can....

    ReplyDelete
  4. Terima kasih pandangan anda. Penggunaan perunding mungkin perlu butiran lebih tepat,ada ke yang gunakannya??? Atau memang tahap pelajar PUM hebat-hebat belaka. Patut juga diketengah isu ini, insyallah..

    ReplyDelete
  5. salam~
    alhamdulillah,,spnjg prjlnn konvensyen yg lepas tiada sebarang masalah besar yang timbul. cuma seperti yang dikatakan pihak juri perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembentangan yg dibentangkan oleh setiap syrkt. sistem pemarkahan juga perlulah adil dan telus tanpa dipengaruhi sebarang emosi. kemudian, diharapkan agar kriteria2 seperti persembahan, slide, laporan syrkt turut dijelaskan agar tidak timbul sebarang isu. kemudian, dari segi tempat persembahan dari penginapan pelajar. diharap agar pihak penganjur akan datang tidak menyusahkan setiap kontinjen dengan perjalanan yang agak jauh dan memenatkan dari bilik penginapan ke dewan utama.
    sekian..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. Cadangan saya pada tahun depan kita buat dulu pertandingan peringkat zon dulu lepas tu pilih enam syarikat yg juara zon untung bentang di konvensyen. Ini menjimatkan masa dan hanya yang terbaik akan digelar juara. Sekadar cadangan. Tentang konsultan tu mmg ada sbb ada perbadanan yg sanggup bayar RM8000 untuk train pelajar...kisah benar....

    ReplyDelete
  7. boleh diterima pandangan tuan/puan. Juri dilantik tidak menilai pasukannya sendiri ya, kemungkinan ada yang beremosi tak nafikan. Tapi ramai yang sincere rasanya dan bertanggungjawab. Kita akan tahu nanti bila perbincangan post moterm diadakan.

    Agak jauh juga ye dari penginapan ke dewan pertandingan... sakit lutut gak ek. Maaf la tu.. pandangan akan disampaikan.

    Peringkat zon, emm... tengoklah apa kata paymaster yang baru ni MITI nanti. idea ok nanti banyak pasukan berpeluang, tapi dipilih satu juga untuk wakil negeri. Tengoklah nanti..
    Tak tau lak ada pken yang sanggup berbelanja sebanyak tu untuk preparation pasukan. Matlamat tidak semestinya menghalalkan cara. Eloklah balik pd matlamat asal program... jangan jadi macam program-program lain yang sudah banyak melahirkan burung kakak tua yang bijak berbicara... PUM tak begitu kot!!!

    ReplyDelete