Monday, April 7, 2008

Kursus Aplikasi ICT Multimedia 2008





Seramai 24 orang pelajar daripada 22 buah sekolah menengah di Perlis telah menyertai Kursus Aplikasi ICT Multimedia di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) , Ulu Pauh, Perlis pada 4-6 April 2008. Kursus ini diadakan dengan kerjasama tenaga pengajar berpengalaman politeknik bagi memberi pendedahan penggunaan ICT dengan cara yang betul bagi menghasilkan sesuatu bentuk laporan dan penyampaian yang lebih berkesan dan kreatif.


Dalam tempoh yang singkat pelajar-pelajar telah diajar menggunakan aplikasi Words, Excell, Power Point, Adobe Photoshop, Flash dan Internet. Dengan pengetahuan dan penguasaan ICT diharapkan pelajar-pelajar akan dapat mengaplikasikan ICT didalam Program Usahawan Muda di sekolah masing-masing. Selain itu ianya bertujuan memantapkan penguasaan ICT pelajar di dalam membuat persediaan menghadapi konvensyen negeri dan nasional Program Usahawan Muda 2008.


Salam Keusahawanan Buat Semua.

Wednesday, April 2, 2008

Kursus "Training of Trainers" Wilayah Utara 2008

Kursus TOT Wilayah Utara melibatkan empat buah negeri iaitu Perlis, Kedah, P. Pinang & Perak telah di adakan pada 28-30 Mac 2008 bertempat di Hotel Langkasuka, Kuah, Pulau Langkawi, Kedah. Kursus anjuran INSKEN dan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama keempat-empat PKEN wilayah Utara.






Objektif kursus ini ialah untuk memberi kefahaman kepada para guru pembimbing tentang peri pentingnya nilai-nilai keusahawanan di hayati dikalangan para pelajar sekolah menengah disamping mengiktiraf peranan penting yang di pikul oleh setiap guru-guru yang terlibat. Melalui pembudayaan ini dijangka lebih ramai pelajar yang akan berminat menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan setelah meninggalkan alam persekolahan. Jumlah penyertaan dari keempat-empat negeri ialah seramai 250 orang.