Wednesday, July 28, 2010

Sorakan No 1 Konv Nasional PUM Ke 14 - Perlis

........rehatkan minda anda dan saksikan dulu yell pasukan sorakan Perlis yang telah dinobatkan Johan di Konvensyen Nasional PUM Ke 14 ~ 2010 - Perlis Ku Sayang..Perlis Ku Sayang hu ha... Perlis No 1, Perlis No 1 hu ha....... 1 kata utk Perlis - BOLEH 2 kata utk Perlis - BOLEH, BOLEH 3 kata utk Perlis - BOLEH, BOLEH, BOLEH !!!

... dpt hamper & baucar KFC bernilai RM700.....


Gambar-gambar konvensyen boleh di lihat dengan klik Galeri Gambar.


Tuesday, July 27, 2010

Imtiyaz.. Negeri Sembilan, intro presentation...


Imtitaz Sdn. Bhd., SMK Seri Ampangan, Negeri Sembilan ~ Johan Persembahan dan Johan Syarikat Terbaik, Konvensyen Nasional PUM Ke 14 (2010).


Monday, July 26, 2010

KEPUTUSAN PENUH KONVENSYEN NASIONAL PUM KE-14, 2010

KEPUTUSAN ANUGERAH-ANUGERAH
KONVENSYEN PROGRAM USAHAWAN MUDA
PERINGKAT NASIONAL KE-14, 2010



I. GURU PEMBIMBING TERBAIK

1. Johan : Puan Sharulmila binti Jamaluddin
SMK Sultan Badlishah, Kedah

2. Naib Johan : Puan Rosliza binti Ismail
SMK Permatang Tok Jaya, Pulau Pinang

3. Tempat ke-3 : Encik Abdul Wahab bin Ibrahim
SM St. Michael, Sabah

II. PENGETUA TERBAIK

1. Johan : Puan Hajah Hamidah binti Burok
SMK Lukut, Negeri Sembilan

2. Naib Johan : Puan Hajah Nor Akmal binti Haji Ismail
SMK Jalan Kebun, Selangor.

3. Tempat ke-3 : Puan Azizah binti Rasol
SMK Sultan Badlishah, Kedah

III. PERKHIDMATAN TERBAIK

1. Johan : Sykt. Dynamic Vision Sdn. Bhd.
SMK Jalan Kebun, Selangor.

2. Naib Johan : Sykt. Mutiara Emas Sdn. Bhd.
SMK Taman Mount Austin, Johor

3. Tempat ke-3 : Sykt. Capital Edge Corporation
SM Sultan Abdul Halim, Kedah

IV. PRODUK TERBAIK

1. Johan : Petak Ajaib
Sykt. Badlishah Excellent Entrepreneur (BEE) Sdn.Bhd.
SMK Sultan Badlishah, Kedah.

2. Naib Johan : Star Mayang Rotan
Sykt. South Star Sdn. Bhd.
SMK Sg. Acheh, Pulau Pinang.

3. Tempat ke-3 : Antique Clockar
Sykt. Permata Q Sdn. Bhd.
SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Selangor

V. PENGURUS TERBAIK

1. Johan : Nik Norafiqah binti Nik Ibrahim
Sykt. Badlishah Excellent Enterpreneur (BEE) Sdn. Bhd.,
SMK Sultan Badlishah, Kedah.

2. Naib Johan : Mohd. Amirul Nazri bin Zakaria
Sykt. Mutiara Emas Sdn. Bhd.
SMK Taman Mount Austin, Johor

3. Tempat ke-3 : Muhammad Bashir bin Burhanuddin
Sykt. Islamic Apprentice Corporation Sdn. Bhd.
SMK (A) Al- Mashoor (Lelaki), Pulau Pinang

VI. PERSEMBAHAN TERBAIK

1. Johan : Imtiyaz Sdn. Bhd
SMK Seri Ampangan, Negeri Sembilan

2. Naib Johan : Iris Sdn. Bhd.
SMK St. Theresa, Sarawak

3. Tempat ke-3 : Uncang Emas Sdn. Bhd
SMK (A) Sheikh Abdul Malik, Terengganu

VII. SYARIKAT TERBAIK

1. Johan : Imtiyaz Sdn. Bhd.
SMK Seri Ampangan, Negeri Sembilan

2. Naib Johan : Dynamic Vision Sdn. Bhd.
SMK Jalan Kebun, Selangor.

3. Tempat ke-3 : Badlishah Excellent Entrepreneur (BEE) Sdn. Bhd.
SMK Sultan Badlishah, Kedah.


VIII. ANUGERAH KHAS PUM AGENSI PELAKSANA TERBAIK

1. Sedcovest Holdings Sdn. Bhd. (Negeri Sabah)


PERTANDINGAN TAMBAHAN

IX. CATUR BISTARI

Kumpulan
1. Johan - Melaka
2. Naib Johan - Johor
3. Ketiga - Negeri Sembilan

Individu
1. Asset Tertinggi - Melaka


X. MEDAN NIAGA BISTARI

1. Johan - MRSM
2. Naib Johan - Johor
3. Ketiga - Sarawak

XI. PASUKAN SORAK

1. Johan - Perlis
2. Naib Johan - Exxon Mobil
3. Ketiga - Negeri Sembilan



INSTITUT KEUSAHAWANAN NEGARA (INSKEN)
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
PERSADA JOHOR, JOHOR BAHRU
16 JULAI 2010

Tuesday, July 20, 2010

.....teruskan usaha untuk berjaya !!!




.............ingat lagi tak video yang ditunjukkan oleh En. Osman Affan, pada malam konvensyen hari tu.....Andrew Johnston, berjaya dengan cita-citanya dan menjadi jutawan walau apa jua yang ditempuh.


Monday, July 12, 2010

KRITERIA PENILAIAN PASUKAN SORAK (CHEER GROUP) KONTINJEN KONVENSYEN PUM 2010

1) Imej/Pakaian ( 30 Markah )

- Hiasan pakaian yang dipakai kumpulan sorakan – 15 markah

- Imej yang ditonjolkan (cth: imej batik oleh kontinjen Terengganu) – 15 markah

2) Teknik Sorakan ( 50 Markah )

- Lirik yang dinyanyikan – 10 markah

- Alunan sorakan – 20 markah

- Koordinasi sorakan – 20 markah

3) Keceriaan ( 20 Markah )

- Personaliti peserta – 10 markah

- Peralatan yang digunakan (props) – 10 markah

* Hadiah yang ditawarkan berupa Hamper dan Voucher KFC

Saturday, July 10, 2010

PASUKAN SORAK KONVENSYEN PUM NASIONAL KE-14

Assalamualaikum,

Sukacita dimaklumkan, pihak J-Corp memohon kerjasama setiap kontinjen yang akan menyertai Konvensyen PUM Nasional untuk menubuhkan pasukan sorak yang terdiri dari pelajar-pelajar yang menyertai konvensyen tersebut. Ini bertujuan bagi menyokong pasukan yang bertanding dalam aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan.

Disamping itu, pihak J-Corp akan menyediakan hadiah berupa hamper dan kupon KFC kepada pasukan sorak terbaik. Untuk maklumat lanjut berkenaan perkara diatas, boleh berhubung terus dengan pihak J-Corp di talian 07 - 218 5000.

Sekian, terima kasih.

MOHD IDZWAN BIN HJ. ABDULLAH
National Entrepreneurial Institute (INSKEN)
Ministry of International Trade and Industry (MITI)

Wednesday, July 7, 2010

KRITERIA MEDANIAGA - Konvensyen PUM 2010

ANUGERAH GERAI TERBAIK

MEDANIAGA BISTARI PUM 2010

(100 MARKAH)

1. Hiasan Gerai (10 Markah)

· Bentuk hiasan gerai yang dihasilkan.

· Hiasan barangan yang dipamerkan.

· Kaedah mempamerkan produk.


2. Kebersihan Kawasan (10 Markah)

· Kawasan persekitaran tidak ada sampah.

· Barang / kotak disusun dengan rapi dan tidak berselerak.

3. Kebersihan Barangan (10 Markah)

· Bungkusan barangan yang kemas.

· Barangan yang dijual berkualiti.

4. Kekemasan / Layanan Jurujual (10 Markah)

· Pakaian yang kemas dan keseragaman pakaian jurujual.

· Kemesraan jurujual kepada pelanggan.

· Tatacara melayan pelanggan.

· Disiplin / etika semasa berniaga.

5. Persembahan Buku Jualan / Akaun Yang Sistematik (15 Markah)

· Setiap jualan direkodkan dan dikemaskini dalam buku jualan pada setiap masa/hari.

· Setiap rekod jualan disemak dan disahkan oleh pegawai yang bertugas/bertanggungjawab setiap hari.

· Setiap buku jualan dikemaskini pada setiap hari dengan menunjukkan jumlah, baki stok dan keuntungan.

6. Jumlah Jualan / Keuntungan (10 Markah)

· Nilai jualan yang tertinggi direkodkan pada hari akhir penilaian.

· Keuntungan.

· Gerai-gerai yang menyediakan harga barangan pada setiap barangan..

7. Daya Tarikan Gerai Dan Barangan (5 Markah)

· Gerai yang mempunyai sistem diskaun / tawaran.

· Cara-cara memasarkan barangan yang boleh menarik perhatian.


8. Pengurusan Tunai (10 Markah)

· Rekod pengambilan tunai sebelum memulakan perniagaan setiap hari.

· Rekod pemulangan tunai di akhir sesi perniagaan.

· Mengemaskini rekod tunai diakhir perniagaan untuk menentukan ianya ‘tally’ dengan jualan.

9. Pencapaian Sasaran Jualan / Keuntungan (20 Markah)


·Jualan harian & keuntungan harian. Dibandingkan dengan sasaran harian.


·Jualan keseluruhan & keuntungan keseluruhan. Dibandingkan dengan sasaran keseluruhan.

10. Saiz Lot Kedai

· Saiz lot kedai yang disediakan adalah 10 kaki x 10 kaki.


Gambar-gamabr di atas semasa Konvensyen Nasional PUM 2007 di lokasi yang sama.


Peraturan Pertandingan Persembahan ~ Konvensyen PUM 2010

Peruntukan Masa

1. Setiap kontinjen diberi masa 5 minit + 17 minit untuk membuat persembahan iaitu :

i. 5 minit untuk persediaan pentas dan peralatan; dan

ii. 17 minit untuk membuat persembahan ucapan.

2. Setelah kontinjen tamat membuat persembahan terdapat sesi jawab daripada Panel Penilai. Masa yang diperuntukan untuk sesi soal jawab ini adalah selama 5 minit sahaja.

Penentuan Masa dan Tatacara Pergerakan

3. Kontinjen pertama yang membuat persembahan perlu berada di belakang garisan berhampiran anak tangga sebelah kiri pentas.

4. Pengiraan masa bagi 5 minit pertama bermula apabila pengacara selesai menjemput kontinjen tersebut untuk membuat persembahan.

5. Tempoh 5 minit pertama diberikan untuk membolehkan kontinjen tersebut membuat susun atur dan memasang peralatan teknikal.

6. Setelah tempoh 5 minit tersebut berakhir, loceng akan dibunyikan sekali sebagai tanda bermulanya tempoh 17 minit persembahan ucapan.

7. Sekiranya kontinjen tersebut mampu menyiapkan kerja susun atur dan pemasangan peralatan dalam tempoh kurang dari 5 minit, ketua persembahan perlu memberikan isyarat kepada penjaga masa untuk membunyikan loceng sekali sebagai tanda bermulanya 17 minit persembahan ucapan.

8. Loceng tanda permulaan tempoh 17 minit untuk persembahan akan tetap dibunyikan selepas 5 minit yang pertama walaupun kontinjen tersebut masih belum menyempurnakan kerja susun atur dan pemasangan peralatan teknikal. Ini bermakna kontinjen tersebut telah mengorbankan masa untuk persembahan ucapan.

9. Setelah 15 minit persembahan ucapan, loceng akan dibunyikan sekali bagi memperingatkan kontinjen tersebut bahawa mereka mempunyai baki masa sebanyak 2 minit.

10. Serentak dengan bunyi loceng di Perkara 8, kontinjen kedua hendaklah keluar dan berada di luar pintu sebelah kiri dewan untuk bersedia mengambil giliran.

11. Setelah cukup masa 17 minit persembahan ucapan kontinjen pertama, loceng akan dibunyikan sebanyak dua kali bagi menandakan masa telah tamat. Tiada markah pengadilan akan diberikan selepas tempoh tersebut.

12. Sekiranya persembahan masih diteruskan selepas tamat tempoh, pengacara / urus setia berkuasa mengarahkan kontinjen meninggalkan pentas.

13. Selepas tamat tempoh masa persembahan, kontinjen pertama perlu menyusun semula peralatan yang disediakan oleh urus setia pada kedudukan asal. Kontinjen yang selesai membuat persembahan akan meninggalkan pentas dengan membawa semua peralatan sendiri keluar melalui pintu sebelah kanan dewan.

14. Serentak dengan pergerakan keluar kontinjen pertama seperti di Perkara 12, kontinjen kedua perlu bergerak dan berada di belakang garisan berhampiran anak tangga sebelah kiri pentas.

15. Seterusnya kontinjen kedua akan melalui tatacara seperti yang dialami oleh kontinjen pertama iaitu bermula dari Perkara 3 hingga Perkara 12.

16. Tatacara yang sama akan dilalui seterusnya oleh kontinjen ketiga hinggalah kontinjen yang terakhir.

Peraturan Semasa Persembahan

17. Maksimum hanya 5 peserta yang terdiri dari pengurus-pengurus syarikat bagi setiap kontinjen dibenarkan untuk membuat persembahan di atas pentas.

18. Hanya kalangan pelajar sahaja dibenarkan mengendalikan persediaan peralatan teknikal dan persembahan. Walaubagaimanapun ketua kontinjen hendaklah memastikan mereka yang berada di peralatan tersebut hanya yang benar-benar perlu bagi menjalankan tugas yang berkenaan.

19. Urus setia menyediakan meja, kerusi, rostrum dan pembesar suara di atas pentas. Kontinjen perlu menyusun peralatan tersebut mengikut keperluan masing-masing.

20. Kawasan meja Panel Penilai adalah merupakan kawasan larangan semasa sesi pertandingan dan tiada mana-mana peserta atau guru dibenarkan menghampiri kawasan tersebut.

Masalah Pada Alat Persembahan

21. Sekiranya berlaku masalah pada alat persembahan iaitu komputer, perisian dan projektor yang tidak memungkinkan persembahan dimulakan, kontinjen hendaklah segera memaklumkan kepada urusetia untuk pertimbangan penangguhan persembahan sebelum tempoh 5 minit pertama berakhir.

22. Andainya masalah pada alat persembahan berlaku semasa persembahan telah dimulakan, kontinjen tersebut hendaklah meneruskan persembahan dan tiada permohonan penangguhan akan dilayan.

23. Mana-mana kontinjen yang diterima penangguhannya seperti di Perkara 21 akan dibenarkan membuat persembahan setelah giliran persembahan kontinjen terakhir selesai.

24. Jika terdapat dua atau lebih kontinjen yang ditangguhkan persembahannya, maka giliran persembahan antara mereka adalah mengikut kedudukan terdahulu dalam susunan giliran asal.

Panel Penilai

25. Panel Penilai adalah terdiri daripada wakil-wakil dari agensi yang telah dilantik oleh Kementerian.

26. Soalan yang dikemukakan oleh Panel Penilai kepada para peserta pertandingan persembahan adalah soalan secara spontan sahaja.

27. Panel Penilai diminta menyerahkan kertas markah penilaian kepada urus setia setiap kali sebelum meninggalkan meja untuk sesi minum pagi, makan tengah hari dan tamat persembahan keseluruhan.

Kuasa Urus Setia

28. Sekiranya timbul keraguan atau pertelingkahan dari segi perjalanan pertandingan, Ketua Urus Setia Pertandingan mempunyai hak untuk membuat keputusan. Keputusan yang dibuat adalah muktamad.

Thursday, July 1, 2010

Bengkel Latihan Pusat Kontinjen Perlis 2010

Pada hujung minggu lalu, 25-27 Jun 2010 para pelajar yang akan mewakili negeri Perlis telah berkampung selama 3 hari 2 malam di Hotel Brasmana, Kuala Perlis sebagai persediaan untuk menyertai Konvensyen Program Usahawan Muda Ke 14 yang akan berlangsung di Persada Johor, Johor Bharu pada 14 hingga 17 Julai 2010 nanti. Seramai 24 orang pelajar dan 4 orang guru pembimbing Program Usahawan Muda telah dipilih dari beberapa sekolah iaitu SMA Matri, SMA Al Alawiyah, SMA Al Islahiah, SMK Syed Alwi dan SMA Perempuan Kangar.

Para peserta telah di dedahkan dengan pembinaan semangat kerjasama berpasukan yang tinggi, gaya rekabentuk korporat, teknik persembahan, kaedah pengucapan awam dan komunikasi badan, catur bistari serta pemasaran produk di kawasan awam. Dengan latihan ini diharap para peserta akan lebih bersedia dari segi fizikal dan mental di konvensyen nasional nanti.
Syarikat Brillex Corporation Sdn. Bhd. dari sekolah MATRI Tunjung akan memikul tanggungjawab mewakili Perlis di dalam pertandingan persembahan nanti. Wajah-wajah ahli lembaga pengarah syarikat....... ni la....mereka. Semoga berjaya menggalas harapan Perlis.

Gambar tambahan klik Galeri Gambar di sebelah kanan.