Wednesday, February 11, 2009

SEMINAR (TOT) GURU-GURU PEMBIMBING PUM DAN PPU BAGI NEGERI-NEGERI WILAYAH UTARA DAN NEGERI TERENGGANU 2009

5 buah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dari Negeri Terengganu, Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang bergabung tenaga menganjurkan Seminar Guru-Guru Pembimbing Program Usahawan Muda (PUM) dan Program Perintis Usahawan (PPU) bagi Negeri Terengganu dan Negeri-Negeri Wilayah Utara.
Seminar yang diadakan di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu selama 3 hari dari 30 Januari hingga 1 Febuari 2009 merupakan gabungan dua kumpulan guru-guru iaitu Guru-Guru Pembimbing Program Usahawan Muda untuk sekolah menengah dan Guru-Guru Pembimbing Program Perintis Usahawan untuk sekolah-sekolah rendah.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Haji Mohamad bin Awang Tera, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri. Turut hadir ke majlis perasmian ialah Y.Bhg. Dato’ Haji Zakaria bin Awang, Pengurus Besar PMINT, Yang Berusaha Tuan Haji Ariffin bin Embong, Pengarah Jabatan Pelajaran Terengganu, Tuan Haji Mohd Rozali bin Salleh, Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu, Pegawai-Pegawai INSKEN, Pegawai-Pegawai PKEN; PMINT dan Negeri-Negeri Wilayah Utara, Pegawai-Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Pegawai-Pegawai Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu dan Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah.

Y.B. Dato’ Haji Mohamad bin Awang Tera dalam ucapan perasmian berharap peserta-peserta seminar dapat menjadi pendidik dan kemudi kepada pelaksanaan program keusahawanan di sekolah-sekolah dalam usaha melahirkan bakal-bakal usahawan dan seterusnya mewujudkan usahawan Bumiputra glokal hingga ke peringkat antarabangsa.

Menurut Y.Bhg. Dato’ Haji Zakaria bin Awang, PMINT selaku agensi pembangunan sosio-ekonomi negeri Terengganu telah mengariskan peranannya dalam pembangunan usahawan dengan mengukuh dan memantapkan Pembudayaan Keusahawanan agar hasrat Kerajaan dalam melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra (MPPB) setanding dengan usahawan-usahawan dari kaum-kaum lain dapat dicapai.




Selain daripada berseminar, 320 peserta turut mengikuti program-program lawatan untuk memberi pendedahan secara langsung mengenai program-program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Terengganu, projek ternakan ikan dan lawatan ke Taman Tamadun Islam (TTI) serta ke pusat-pusat batik dan kraf.


Sumber: PMINT
http://www.pmint.gov.my/utama.php?page=pum2009