Tuesday, April 14, 2009

Tahniah SMKA (P) Kangar !!! Pemenang Konvensyen Program Usahawan Muda Peringkat Negeri Perlis 2008


SMKA (P) Kangar sekali lagi buat kali ketiga berturut-turut telah menjadi johan di dalam Konvensyen Program Usahawan Muda Peringkat Negeri Perlis yang di adakan baru-baru ini di Dewan Baru, UiTM Arau pada 11 April 2009 (Sabtu). Syarikat Marjan Imtiaz Sdn. Bhd. yang dipimpin oleh adik Arifah bt Ab Aziz telah menjadi johan dalam kategori syarikat, persembahan, produk, pengurus terbaik dan guru pembimbing kali ini.
Naib Johan telah disandang oleh syarikat Inspex Corporation Sdn. Bhd. daripada pelajar-pelajar lelaki sekolah MATRI, Beseri. Syarikat ini mengungguli kategori perkhidmatan dan pengetua terbaik. Tempat ketiga telah di menangi oleh syarikat Adroit Corporation Sdn. Bhd. daripada sekolah yang sama. Sebanyak sembilan buah syarikat telah mengambil bahagian dan membentangkan laporan syarikat masing-masing.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh ketiga-tiga tetamu jemputan VIP kepada para pemenang-pemenang iaitu YAB Dato Seri Dr. Mohd Isa b Sabu, Menteri Besar Perlis, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Tuan Mohammad Zabidi b Zainal dan YBM Dato' Seri DiRaja Syed Razlan Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Exco Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sains dan Teknologi, Pembangunan Usahawan dan Hubungan Antarabangsa.

Konvensyen ini telah disasksikan lebih 400 orang pelajar-pelajar sekolah menengah, guru-guru dan pengetua-pengetua sekolah dari seluruh negeri Perlis.



Untuk saksikan gambar penuh klik pada Galeri Gambar.

No comments:

Post a Comment