Wednesday, April 29, 2009

Harum Manis - Mempelam Perlis

Harum Manis merupakan buah " trade mark " bagi negeri Perlis. Buahnya yang berbau harum dan isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak pasti menawan hati sesiapa saja yang mencubanya. Di makan bersama pulut sebagai salah satu sajian tradisi di negeri ini, ia juga enak dimakan begitu saja ataupun dinikmati dalam bentuk jus atau jem mempelam. Terdapat beberapa jenis mempelam yang popular di Negeri Perlis iaitu Harum Manis, Sala, Cakonan, Intan Safinas, dan Maha. Tapi yang popular ialah Harum Manis kerana kemanisan dan baunya yang sesuai dengan namanya.
Musim pengeluaran mempelam adalah pada bulan April dan Jun pada tiap - tiap tahun. Boleh diperolehi di Bukit Bintang Sungai Batu Pahat. Keluasan kawasan tanaman mempelam di Bukit Bintang ialah 1,000 ekar (tak sampai luas tu ~ maklumat lanjut klik sini) dengan kadar pengeluaran hasil sebanyak 300 hingga 500 tan semusim pengeluaran.

Hujung minggu lalu ke Perlis lagi dan masa tue sempat berkunjung ke Pusat Pertanian Bukit Bintang , Bintong di Sungai Batu Pahat. Kalau ke Taman Ular mesti lalu pusat nie.
Pokok kecik je tapi penuh ngan buah.... Tengok la tue satu pokok banyak betul buahnya.
Kawasan dalam ladang harum manis.
Buah-buah harum manis nie di bungkus untuk mengelakkan dari berulat.
Masa di ladang hari tue buah-buah harum manis nie belum lagi dijual, penjualan kepada orang ramai bermula keesokkan harinya iaitu 20 April. Aiseh.... jadi terpaksa la ke tempat jualan di luar pusat pertanian. Buah-buah mempelam nie adalah buah yang dijual di luar pusat pertanian tersebut. Tengok tue harga dia sekilo RM10.00. Tue untuk buah yang besar.
Harum manis nie perlu diperam dahulu sebelum dimakan kerana belum masak. Yang dalam gambar di atas perlu diperam 4 hari lagi baru boleh makan.
Masa di Pusat Pertanian tempoh hari hanya dapat beli mangga pulut sahaja, nasib baik masa tue mangga pulut dah mula dijual. Mangga pulut di atas harganya RM3.50. Memang sedap, harum dan manis mempelam nie dan pulut yang ditanak pun lembut dan sedap.
Dari ladang harum manis kami ke ladang anggur juga di Sungai Batu Pahat tak jauh dari ladang harum manis. Tapi ladang anggur di sini kecil je, dengarnya ada satu lagi ladang anggur yang lebih besar di Beseri. Betul ke? Tak pasti pulak. Dekat Empangan Timah Tasoh ada juga, tapi disinilah yang terbesar setakat ini, di urus selia oleh Jabatan Pertanian Negeri Perlis.
Nampak tak buah-buah anggur yang bergayutan. Banyakkan buahnya... Nanti kontingen-kontingen PUM negeri lain yang datang ke Perlis, jangan lepaskan peluang ke tempat-tempat ni no... pakat-pakat mai la....!

Sumber: Catatan Siti Sana Sini ~ http://catatansss.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment