Tuesday, March 31, 2009

Kursus Kecermelangan Ahli Lembaga Pengarah PUM Perlis 2009

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Perlis telah menganjurkan Kursus Kecermelangan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Program Usahawan Muda (PUM) Perlis 2009, baru-baru ini. Seramai 130 orang pelajar sekolah menengah lelaki dan perempuan telah menyertai kursus selama 3 hari 2 malam ini yang telah berlangsung di Paya Pahlawan Resort, Jitra, Kedah. Bilangan penyertaan yang besar ini menunjukkan semakin ramai pelajar-pelajar yang berminat terlibat secara langsung di dalam perniagaan di sekolah masing-masing. Malah PUM menjadi platform untuk menimba ilmu pengetahuan selok belok perniagaan disamping menajamkan kemahiran berniaga dan berkongsi pengalaman sesama pelajar sekolah menengah. Peluang ini tidak dilepaskan begitu sahaja oleh pelajar-pelajar dari 24 buah sekolah di Perlis.
Di dalam pertandingan gerak kerja kumpulan yang di adakan kumpulan Mutaqadimul Sdn. Bhd. telah muncul juara dalam kedua-dua kategori iaitu persembahan kumpulan dan kumpulan keseluruhan. Hadiah telah disampaikan oleh En. Sharidan b Salim , Pegawai Ko Kurikulum Program Usahawan Muda, Jabatan Pelajaran Negeri Perlis.

Klik Galery Gambar untuk melihat gambar aktiviti-aktiviti semasa kursus ini.

No comments:

Post a Comment