Monday, March 9, 2009

BENGKEL PENYEDIAAN LAPORAN TAHUNAN DAN PEMBUBARAN SYARIKAT PROGRAM USAHAWAN MUDA (PUM) NEGERI PERLIS

Objektif bengkel ialah untuk menyampaikan maklumat-maklumat kepada peserta kaedah pembubaran syarikat, penyediaan laporan tahunan syarikat, laporan produk dan perkhidmatan, penilaian laporan, kaedah pembentangan syarikat sepertimana yang di tetapkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD).
Persediaan maklumat ini adalah penting bagi membolehkan syarikat-syarikat PUM untuk menyediakan laporan dan membuat persembahan pembentangan sebelum konvensyen peringkat negeri. Syarikat yang berjaya diperingkat negeri akan dipilih ke konvensyen peringkat nasional. Para peserta terdiri daripada lima orang pelajar daripada setiap sekolah menengah di negeri ini yang dijemput menyertai bengkel ini.
Bengkel sehari ini telah diadakan pada 28 Feb. 2009, di Hotel Putra Palace, Kangar. Seramai 121 orang pelajar sekolah menengah di Perlis telah menghantar wakil pelajar sekolah masing-masing. Program ini telah di isi dengan siri ceramah seperti berikut:-

Ceramah Sesi 1 - "Pembinaan dan Memperkasa Jati Diri Usahawan”
Dr. Ammar b Hj. Hassan

Ceramah Sesi 2 - "Proses Pembubaran dan Penyediaan Laporan Syarikat”
En. Hasmadi b Ibrahim

Ceramah Sesi 3 - "Teknik Persembahan Syarikat Berkesan”
Cik Nurul Fathihin binti Mohd Noor

Ceramah Sesi 4 - "Kriteria Pemarkahan Pertandingan”
En. Hasnan b Abdul Kudus

Forum - Dr. Ammar b Hj. Hassan, En. Hasnan b Abdul Kudus & En. Hasmadi b Ibrahim

Sambutan para peserta sangat baik dan ramai di kalangan mereka yang sudah tidak sabar-sabar menantikan kedatangan konvensyen negeri. Jangan bimbang ~ jumpa nanti pada pertengahan April 2009. Sementara itu, jangan lupa siapkan laporan syarikat anda dan perlu dihantar pada 30 Mac 2009.

Untuk gambar selanjutnya sila klik di galeri.

No comments:

Post a Comment