Thursday, July 1, 2010

Bengkel Latihan Pusat Kontinjen Perlis 2010

Pada hujung minggu lalu, 25-27 Jun 2010 para pelajar yang akan mewakili negeri Perlis telah berkampung selama 3 hari 2 malam di Hotel Brasmana, Kuala Perlis sebagai persediaan untuk menyertai Konvensyen Program Usahawan Muda Ke 14 yang akan berlangsung di Persada Johor, Johor Bharu pada 14 hingga 17 Julai 2010 nanti. Seramai 24 orang pelajar dan 4 orang guru pembimbing Program Usahawan Muda telah dipilih dari beberapa sekolah iaitu SMA Matri, SMA Al Alawiyah, SMA Al Islahiah, SMK Syed Alwi dan SMA Perempuan Kangar.

Para peserta telah di dedahkan dengan pembinaan semangat kerjasama berpasukan yang tinggi, gaya rekabentuk korporat, teknik persembahan, kaedah pengucapan awam dan komunikasi badan, catur bistari serta pemasaran produk di kawasan awam. Dengan latihan ini diharap para peserta akan lebih bersedia dari segi fizikal dan mental di konvensyen nasional nanti.
Syarikat Brillex Corporation Sdn. Bhd. dari sekolah MATRI Tunjung akan memikul tanggungjawab mewakili Perlis di dalam pertandingan persembahan nanti. Wajah-wajah ahli lembaga pengarah syarikat....... ni la....mereka. Semoga berjaya menggalas harapan Perlis.

Gambar tambahan klik Galeri Gambar di sebelah kanan.

No comments:

Post a Comment