Friday, March 5, 2010

Pendaftaran Lepasan Program Usahawan Muda (ALUMNI)

Assalamualaikum ..... Halo......halo.......

Hebahan buat semua bekas-bekas ahli-ahli Program Usahawan Muda, pohon kerjasama anda menghubungi semula PKEN untuk mendaftar sebagai ahli Alumni PUM. Sokongan dan kerjasama anda mendaftar segera amatlah dihargai. Tidak kira dimana sahaja anda berada dan apa juga yang sedang anda lakukan ~ belajar, usahawan, penjawat awam dll boleh sahaja mendaftar. Pendaftaran anda akan membantu PKEN untuk mengesan dan menjejaki semula bekas-bekas pelajar ahli program usahawan muda disamping untuk mendapat maklumbalas keberkesanan/impak program ini setelah dilaksanakan bertahun-tahun.

Saya highlight semula coretan mengenainya untuk tatapan bersama. Ulasan dan cadangan anda di blog ini dialu-alukan.

Setelah sekian lama (13 tahun) pelaksanaan Program Usahawan Muda, ada baiknya jika dapat menjejaki bekas-bekas pelajar yang pernah mengikuti PUM semasa di sekolah. Tentunya, ada yang sudah bekerja dan ada yang sudah boleh digelar usahawan. Paling syok dikongsi lagi, kalau dah ada yang boleh digelar hartawan, jutawan atau lebih hebat bilionwan. Ramai juga yang mungkin sudah boleh di sebut orang besar bergelar. Semuanya tidak mustahil.

Tetapi dimana semua bekas-bekas ahli PUM itu sekarang?

Mungkin ramai yang mahu berkongsi kesah-kesah nostalgia semasa bersama PUM dahulu. Mungkin ada kenangan manis dan pahitnya. Ramai juga yang mungkin sudah mula membuka lembaran baru sebagai orang baru pula. Yang berjaya tentu nak bagi tau semua orang kan! Mungkin ada juga yang sedang "strugle" untuk membina kehidupan lebih baik dari dahulu. Atau yang tak mahu susah-susah meredah cabaran dan halangan serta rintangan, maka jadilah penjawat awam atau anggota kerja (pekerja) kepada mana-mana syarikat. Ada yang jadi bos di pejabat, doktor, jurutera, peguam, pensyarah, guru, ustaz, ustazah, artis ???, dsb. Antara terkesan dalam talian...


Namun semua itu, adalah universiti kehidupan yang pasti dilalui oleh semua orang. Tak kesah lah tu.

Anda diluar sana dipelawa untuk menjadi ahli Alumni Program Usahawan Muda!!! Mai cepat daftar, download (muat turun) borang permohonan menjadi ahli dan kembalikan ke Bahagian Pembangunan Usahawan atau emel balik (anahsak@gmail.com) kepada kami. Disamping itu, jawaplah soal selidik disudut kanan tu!

Salam United / Reunion ahli PUM!!!

2 comments:

  1. Syabas diatas usaha menanamkan semangat keusahawanan di usia muda. Mungkin ramai yang akan berjaya dari sini dan ramai juga yang akan terhenti. Namun apapun perubahan sikap dan budaya ini perlu diteruskan.

    Saya juga ingin menyumbang dengan menyediakan portal magazine online mengenai keushawanan Semoga dapat dimanfaatkan.

    Lawati www.intrapreneur.com.my

    ReplyDelete
  2. Hanya usaha kecil dan berharap dapat menyumbang lebih besar lagi jika berpeluang. Tunjuk ajar dan perkongsian pengalaman tuan amat dihargai.

    Positif - majalah tuan mampu mendapat tempat di hati bakal dan usahawan di semua peringkat. Tahniah.

    ReplyDelete