Wednesday, March 17, 2010

Bengkel Pembubaran Syarikat PUM Perlis

Bengkel sehari pembubaran syarikat PUM 2009 telah di adakan di Hotel Putra Brasmana Kuala Perlis pada 7 Mac 2010 (Ahad) yang lalu. Seramai 106 orang peserta dari 20 buah sekolah menengah di Perlis telah menyertai bengkel ini. Pelajar perempuan mendominasikan bengkel ini sebanyak 75.5% mengatasi pelajar lelaki yang hanya 24.5%. Para peserta adalah terdiri ahli-ahli lembaga pengarah lima orang kesemuanya dari syarikat program usahawan muda di sekolah masing-masing. Barisan pengurusan yang dipilih ini telah pun menjalankan aktiviti perniagaan masing-masing selama 36 minggu pada tahun lepas di bawah bimbingan guru-guru penasihat di sekolah.


Bengkel ini telah mendedahkan kepada para peserta cara-cara dan proses pembubaran syarikat, penyediaan laporan tahunan syarikat, laporan produk dan perkhidmatan, penilaian laporan, kaedah pembentangan syarikat sepertimana di gariskan di dalam modul pertandingan konvensyen PUM. Persediaan maklumat ini adalah penting bagi membolehkan syarikat-syarikat PUM untuk menyediakan laporan dan membuat persembahan pembentangan sebelum konvensyen diperingkat negeri. Syarikat yang berjaya diperingkat negeri akan dipilih mewakili negeri ke konvensyen peringkat nasional.


Syarikat mana dari sekolah di Perlis yang akan mewakili negeri, sama-samalah kita tunggu. Gelora konvensyen sudah dapat dirasai oleh semua para peserta yang tidak sabar-sabar untuk mempamerkan bakat masing-masing menyampaikan persembahan laporan syarikat disamping melaporkan pencapaian prestasi cemerlang syarikat PUM pada tahun lepas.


Gambar Tambahan - Klik di Galeri Gambar.

No comments:

Post a Comment