Friday, March 5, 2010

Pendaftaran Lepasan Program Usahawan Muda (ALUMNI)

Assalamualaikum ..... Halo......halo.......

Hebahan buat semua bekas-bekas ahli-ahli Program Usahawan Muda, pohon kerjasama anda menghubungi semula PKEN untuk mendaftar sebagai ahli Alumni PUM. Sokongan dan kerjasama anda mendaftar segera amatlah dihargai. Tidak kira dimana sahaja anda berada dan apa juga yang sedang anda lakukan ~ belajar, usahawan, penjawat awam dll boleh sahaja mendaftar. Pendaftaran anda akan membantu PKEN untuk mengesan dan menjejaki semula bekas-bekas pelajar ahli program usahawan muda disamping untuk mendapat maklumbalas keberkesanan/impak program ini setelah dilaksanakan bertahun-tahun.

Saya highlight semula coretan mengenainya untuk tatapan bersama. Ulasan dan cadangan anda di blog ini dialu-alukan.

Setelah sekian lama (13 tahun) pelaksanaan Program Usahawan Muda, ada baiknya jika dapat menjejaki bekas-bekas pelajar yang pernah mengikuti PUM semasa di sekolah. Tentunya, ada yang sudah bekerja dan ada yang sudah boleh digelar usahawan. Paling syok dikongsi lagi, kalau dah ada yang boleh digelar hartawan, jutawan atau lebih hebat bilionwan. Ramai juga yang mungkin sudah boleh di sebut orang besar bergelar. Semuanya tidak mustahil.

Tetapi dimana semua bekas-bekas ahli PUM itu sekarang?

Mungkin ramai yang mahu berkongsi kesah-kesah nostalgia semasa bersama PUM dahulu. Mungkin ada kenangan manis dan pahitnya. Ramai juga yang mungkin sudah mula membuka lembaran baru sebagai orang baru pula. Yang berjaya tentu nak bagi tau semua orang kan! Mungkin ada juga yang sedang "strugle" untuk membina kehidupan lebih baik dari dahulu. Atau yang tak mahu susah-susah meredah cabaran dan halangan serta rintangan, maka jadilah penjawat awam atau anggota kerja (pekerja) kepada mana-mana syarikat. Ada yang jadi bos di pejabat, doktor, jurutera, peguam, pensyarah, guru, ustaz, ustazah, artis ???, dsb. Antara terkesan dalam talian...


Namun semua itu, adalah universiti kehidupan yang pasti dilalui oleh semua orang. Tak kesah lah tu.

Anda diluar sana dipelawa untuk menjadi ahli Alumni Program Usahawan Muda!!! Mai cepat daftar, download (muat turun) borang permohonan menjadi ahli dan kembalikan ke Bahagian Pembangunan Usahawan atau emel balik (anahsak@gmail.com) kepada kami. Disamping itu, jawaplah soal selidik disudut kanan tu!

Salam United / Reunion ahli PUM!!!

Sunday, February 21, 2010

Catur Bistari Di TV - RTM1


Kelmarin (Ahad, 21 Feb 2010) saya menerima SMS dari rakan JCorp yang memberitahu permainan Catur Bistari akan ditayangkan di TV saluran RTM1 jam 2.00 petang. Selepas solat zuhur dan makan tengahari sempatlah saya saksikan permainan tersebut. Persembahan dalam TV lebih menarik nampaknya. Pemain-pemain pun tak kurang hebat dan bersemangat semuanya. Bagaimanapun, bagi mereka yang berminat untuk mendalami dan menajamkan kemahiran bermain catur bistari boleh menyaksikannya setiap minggu di TV melalui saloran RTM1 jam 2.00 petang setiap hari Ahad. Difahamkan terdapat 13 episod semuanya. Siaran dianjurkan oleh JCorp, JAKIM dan RTM.

Ada hadiah mingguan dan terkumpul juga tau. Boleh cuba nasib. Rezeki murah dapat la...

JADUAL PROGRAM CATUR BISTARI D’TV

EPISOD

TARIKH

Episod 1

21 Februari 2010

Episod 2

28 Februari 2010

Episod 3

7 Mac 2010

Episod 4

14 Mac 2010

Episod 5

21 Mac 2010

Episod 6

28 Mac 2010

Episod 7

4 April 2010

Episod 8

11 April 2010

Episod 9

18 April 2010

Episod 10

25 April 2010

Episod 11

30 April 2010

Episod 12

2 Mei 2010

Episod 13

9 Mei 2010


Selain itu, boleh juga berkongsi di Facebook Catur Bistari melalui kata kunci Catur Bistrari.

Monday, February 8, 2010

Catur Bistari 2010

Pada tahun ini negeri Perlis menghantar satu bas bagi menyertai pertandingan Cabaran Catur Bistari 2010. Peserta di wakili oleh guru-guru pembimbing Program Usahawan Muda (PUM) dan Program Printis Usahawan (PPU). Ada yang telah berpengalaman dan ada yang baru mencuba uji bakat. Sudah tentu adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Pasukan yang dihantar kali ini hanya sekadar mampu kembali bersama mereka masing-masing dengan pengalaman bermain catur bistari di peringkat nasional. Mungkin tidak kali ini, tapi satu hari nanti.

Keputusan penuh cabaran kali ini ialah seperti berikut:
  • Nilai Aset Tertinggi pertama: UMP Gempak Team 1 (Aset bernilai RM204juta)
  • Nilai Aset Tertinggi kedua : UiTM Melaka
  • Nilai Aset Tertinggi ketiga: KFC KL Kumpulan A
  • Pemenang Nilai Aset tertinggi individu : Muhammad dari UMP Gempak Team 1(Aset bernilai RM81juta)
Tahniah kepada pasukan yang berjaya!
Diantara peserta yang telah menyertai Catur Bistari 2010


Gambar Penuh - lihat Galeri Gambar sebelah kanan.

Saturday, January 2, 2010

2010 - Balik Ke Sekolah


Setelah bercuti panjang, sudah tentu ada berbagai kerenah untuk melangkah balik ke sekolah. Ada yang gembira, syok gila ~ jika berbekal dengan keputusan peperiksaan (PMR) yang cemerlang, tentu ramai juga yang sudah selesa tidur sampai lewat pagi jadi keselesaan mula terganggu, dan ramai juga yang tak sabar-sabar berjumpa rakan taulan dan guru. Maklumlah dah lama tak berjumpa tentu dah naik rindu dengan mereka. Tak kurang juga yang bimbang ke sekolah kerana terpaksa berjumpa dengan guru disiplin yang sama, kerana terlalu banyak masalah disiplin. Ada yang bertukar sekolah dan akan mula dapat rakan taulan yang baru. Sekolah baru pun ada, semua baru meja dan kerusi dll baru segala-galanya. Semuanya adalah kesah dan rasa hati pelajar bila kembali ke sekolah.

Tahun 2010 akan membuka lembaran baru bagi pelajar dengan tekad dan azam yang semuanya baru. Baik dari segi akademik mahupun kokurikulum. Dalam pelajaran, ramai yang bercita-cita mengejar keputusan yang lebih cemerlang dari dahulu dan aktiviti luar ada juga yang telah menanam hasrat untuk mewakili sekolah dan negeri ke peringkat negara. Peluang sentiasa terbuka bagi mereka yang bekerja keras, berdisiplin dan mengamalkan kerja berpasukan dalam aktiviti luar. Tanpa melupakan guru sebagai rujukan dan bimbingan dalam apa jua aktiviti masing-masing. Oleh itu, ke mana kah arah yang ingin dituju biarlah di buat persiapan awal dan rapi supaya sentiasa bersedia untuk menjulang kemenangan. Jangan sampai menjadi tabiat membuat persiapan di saat-saat akhir, kerana yang cemerlang tetap cemerlang bukan terjadi secara kebetulan. Kejayaan bukan satu kebetulan, tetapi kejayaan adalah satu pilihan. Tepuk
dada tanyalah diri masing-masing.

Selamat Bersekolah.

Friday, November 20, 2009

Selamat Bercuti

Haaaaaa..... dah pun mula bercuti!!! Selamat Bercuti kepada semua pelajar-pelajar. Pergilah Cuti-Cuti Malaysiaaaaaaaaaa....... ek.

Selamat Maju Jaya ~ Dalam Peperiksaan SPM


Selamat Maju Jaya - kepada semua ahli-ahli PUM yang menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Semoga berjaya dengan keputusan yang terbaik. Hadiah paling manis buat ayah-ibu dan guru-guru. ALL THE BEST AND GOOD LUCK!!!


Thursday, October 29, 2009

Kem Kecermelangan Kendiri PUM 2009

Sebelum menutup tirai program usahawan muda tahun ini, PKENPs telah mengadakan kem kecermelangan untuk barisan kepimpinan PUM pada 16-18 Oktober 2009 baru-baru ini bertempat di Tasoh Lake Resort, Perlis. Seramai 108 orang pelajar sekolah menengah seluruh negeri Perlis yang terdiri daripada 51 orang lelaki dan 57 perempuan telah mengikuti program ini. Para peserta telah didedahkan dengan beberapa kegiatan lasak yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal. Sudah tentu rintangan dan halangan yang dihadapi memerlukan kerjasama dan kesabaran di kalangan rakan sepasukan. Disinilah peserta diuji sejauh mana boleh bekerjasama dan berkebolehan memimpin rakan sepasukan yang mempunyai berlainan personaliti. Begitulah juga semasa berhadapan karenah rakan-rakan dalam satu syarikat di sekolah masing-masing. Mesti boleh berlapang dada dan berbincang. Memang mencabar dan menguji kesabaran. Itulah pun syarat untuk berjaya mesti banyak bersabar, rajin berusaha, berkerjasama, saling bantu membantu, menghormati pemimpin, taat dan setia, bertawakal barulah misi pasukan masing-masing tercapai dengan berjaya. Mana ada jalan pintas untuk berjaya tanpa ada usaha. Walaupun letih tapi berbaloi.
Tengoklah saja apa yang dikongsikan bersama oleh usahawan-usahawan yang telah berjaya dengan para peserta. Tidak semudah seperti yang disangka, untuk menempah kejayaan di dalam perniagaan yang mereka jalankan. Terpaksa bermula dari kecil dan berkembang barulah dapat mengecapi kejayaan yang diimpi-impikan.
Kedudukan resort secara amnya adalah menarik dan mengashikkan. Keindahan tasiknya sungguh menawan. Cuma kawasan diadakan kem kali ini, para peserta terpaksa tinggal di dalam kemah. Memandangkan resort ini baru saja memulakan operasi, memanglah banyak kekurangan dan kelemahannya. Tak syok sikit-sikit tu biasalah. Mungkin dimasa akan datang resort akan lebih bersedia dan tersusun lancar semua aktiviti.
Untuk gambar penuh klik pada Galeri Gambar sebelah kanan.

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1430

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua yang sudi bertandang ke blog ni. Baik pegawai, guru, pelajar, bekas pelajar, kawan-kawan dan pelawat sekali pun diucapkan salam aidil fitri dan ampun maaf dipinta dari saya. Di doakan semoga berbahagia sentiaa buat semua.

Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang menghantar kad-kad raya, e-card raya dan sms serta ucapan salam di corong media. Maaf la kalu ada yang tertinggal tak berbalas secara tidak sengaja.

Insyallah saya raya ke Taiping, Nilai-Seremban dan Kg. Kuantan Selangor.. barulah sampai Perlis.

Wednesday, September 9, 2009

Jom Jadi Ahli Alumni PUM !!!

Setelah sekian lama (13 tahun) pelaksanaan Program Usahawan Muda, ada baiknya jika dapat menjejaki bekas-bekas pelajar yang pernah mengikuti PUM semasa di sekolah. Tentunya, ada yang sudah bekerja dan ada yang sudah boleh digelar usahawan. Paling syok dikongsi lagi, kalau dah ada yang boleh digelar hartawan, jutawan atau lebih hebat bilionwan. Ramai juga yang mungkin sudah boleh di sebut orang besar bergelar. Semuanya tidak mustahil.

Tetapi dimana semua bekas-bekas ahli PUM itu sekarang?

Oleh itu, sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri ini mungkin ramai yang mahu berkongsi kesah-kesah nostalgia semasa bersama PUM dahulu. Mungkin ada kenangan manis dan pahitnya. Ramai juga yang mungkin sudah mula membuka lembaran baru sebagai orang baru pula. Yang berjaya tentu nak bagi tau semua orang kan! Mungkin ada juga yang sedang "strugle" untuk membina kehidupan lebih baik dari dahulu. Atau yang tak mahu susah-susah meredah cabaran dan halangan serta rintangan, maka jadilah penjawat awam atau anggota kerja (pekerja) kepada mana-mana syarikat. Ada yang jadi bos di pejabat, doktor, jurutera, peguam, pensyarah, guru, ustaz, ustazah, artis ???, dsb. Namun semua itu, adalah universiti kehidupan yang pasti dilalui oleh semua orang. Tak kesah lah tu.

Anda diluar sana dipelawa untuk menjadi ahli Alumni Program Usahawan Muda!!! Mai cepat daftar, download (muat turun) borang permohonan menjadi ahli dan kembalikan ke Bahagian Pembangunan Usahawan atau emel balik (anahsak@gmail.com) kepada kami. Disamping itu, jawaplah soal selidik disudut kanan tu!

Salam Reunited / Reunion ahli PUM!!!

Monday, September 7, 2009

Bahaya H1N1 ~ Selsema Babi

H1N1 semua orang dah mengetahuinya. Risiko dijangkiti boleh saja berlaku dimana saja pada bila-bila masa. Namun dengan menjelang tiba perayaan besar Hari Raya, ramai yang semakin lupa mengenainya. Apa tidaknya, masih ramai tidak begitu ambil indah tentang penggunaan penutup hidung dan mulut yang disarankan bila berada di kawasan orang ramai. Mungkin dah lupa..... dan terasa selesa dan selamat tidak menggunakannya. Maklumlah angka kematian tidak lagi bertambah seperti awal-awal dulu. Bila berlaku lagi kematian, baru la.. nak ikut panduan dan peringatan yang dihebah-hebahkan oleh semua media massa. Tambah-tambah dimusim perayaan ... Raya......kan. Apa pun, jagalah diri dan keluarga masing-masing daripada terdedah kepada risiko H1N1.

Selain dari itu, jangan lupa untuk mengajak kawan-kawan mengadu kepada ALLAH SWT. Dirikan sembahayang hajat bersama-sama! Berdoalah, moga-moga Allah jauhkan wabak ini dari terus menular. Insyallah, berdoa di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, Allah pelihara kita semua.

Laman Kementerian Kesihatan yang secara khusus mengenai H1N1 di http://h1n1.moh.gov.my/ .
Klik sebelah kanan atas http://www.tipsihat.com/index.php?ref=anahsak dan download untuk maklumat tambahan.

Tentang H1N1 juga, beberapa program PUM dan PPU terpaksa ditangguhkan. Kemudian bertemu pulak dengan Ramadahan. Tapi mungkin dua minggu selepas raya akan ada aktiviti semula seperti dirancang. Cuma bagi mereka yang tidak terlibat dengan peperiksaan penggal dan persiapan peperiksaan besar sahaja yang akan dipelawa mengikuti program rutin PUM. Antaranya kem kecermelangan, kursus ICT dan kalu sempat kursus pembubaran syarikat. Pada waktu ini kemungkinan syarikat-syarikat PUM telah masuk peringkat akhir operasi sebelum pembubaran. Jadi eloklah kumpul-kumpulkan maklumat dan agih-agihkan tugas mengikut peranan masing-masing sebagai persediaan pembubaran. Bincang lah dengan guru besar atau guru pembimbing masing-masing untuk mendapatkan nasihat bagi menutup operasi perniagaan syarikat mengikut lunas undang-undang seperti dalam modul. Ada masa lagi....tapi jangan ditangguh-tangguhkan..