Showing posts with label Konvensyen Nasional. Show all posts
Showing posts with label Konvensyen Nasional. Show all posts

Tuesday, June 30, 2009

TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH..PKEN Perlis..Berjaya Menganjurkan Konvensyen Nasional Ke-13 dengan jaya dan meriah.

Kangar- Syabas dan sekalong tahniah buat seluruh warga PKEN Perlis diatas kejayaan menganjurkan Konvensyen Nasional Ke-13 dengan cemerlang walaupun menghadapi pelbagai halangan, kesukaran dan keperitan tetap utuh memerah tenaga dan keringat dengan berpegang kepada satu matlamat bagi memperjuangkan dan memartabatkan Program Usahawan Muda (PUM) yang telah sebati dikalangan seluruh warga PKen-PKen Negeri ke suatu tahap yang paling atas agar senantiasa harum dan subur ditahun-tahun seterusnya. Dalam tempoh masa yang amat singkat ditambah dengan keadaan perubahan jentera pentadbiran kementerian serta dengan tenaga kerja yang amat terhad pihak PKEN Perlis sanggup menyahut cabaran untuk memikul tanggungjawab selaku tuan rumah bagi memastikan Program Usahawan Muda (PUM) terus berjalan lancar. Disamping itu tidak lupa juga buat pihak INSKEN dan PKen-Pken negeri bersama dengan sokongan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri turut sama mengembeling tenaga, kepakaran dan menjana ide agar perlaksanaan penganjuran PUM mampu dikelolakan dengan jayanya.Kalah menang bukannya menjadi ukuran tetapi kejayaan PUM itu sendiri adalah yang lebih penting khusus buat golongan anak-anak pelajar. Bagi penulis yang turut sama berada disana mengikuti keseluruhan program dari awal hingga akhir ingin membuat kesimpulan bahawa PKen Perlis telah meletakkan tahap penganjuran PUM disuatu tahap `benchmark' yang perlu dicontohi dan diikuti terutamanya buat bakal tuan rumah akan datang. Cuma disini penulis ingin mengingatkan bahawa penganjuran program sebesar seperti ini tentunya adanya sedikit sebanyak kelemahan namun jika dikaji secara keseluruhan penganjuran program ini tetap berjaya tahniah buat Pengurus Besar PKEN Perlis, Dr Amar dan Encik Hasnan dan seluruh warga kerja PKEN Perlis.

(Peristiwa paling menarik...Seronok melihat gelagat pelajar begitu gembira apabila abang-abang rider mengiringi bas mereka ke Padang Besar.)

Posted by Hisham b. Hj Ithnin
http://pumpknns.blogspot.com/2009/06/tahniahtahniahtahniahpken-perlisberjaya.html

Monday, June 29, 2009

So Seh... So Seh.... Lagi...

Pada tahun ini keputusan persembahan terbaik di Konvensyen Program Usahawan Muda ke 13 yang telah di adakan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis telah memihak kepada kontijen MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka. Sekali lagi .........so ......seh...... so ......seh ........ kedengaran bila pemenang kategori ini membuat persembahan. Macam-macam SMS yang sampai, banyak pulak tu sampai kepada ketua juri En. Rasli Jamil. Kalau nak tahu lanjut tanyalah ketua juri persembahan ni.
Walaupun beliau telah berpesan siang-siang lagi jangan ada komen lagi nanti selepas perbincangan juri diadakan. Pemenang yang diistiharkan menang dirasakan paling layak dan memang sepatutnya menjadi pemenang. Tapi, nampaknya tidak begitu, lidah tak bertulang lah katakan. Ikut sedap hati aje bila nak bercakap, kononnya memberi pendapat. Beginilah juga berlaku dimana-mana pertandingan. Namun pemenang telah dinobatkan, itulah namanya rezeki. Berbaliklah kepada yang esa jua, kerana tiada siapa dapat memberi jaminan kemenangan memihak kepadanya melainkan beserahlah kepada Allah swt selepas bertungkus lumus berusaha. Kembalilah mengadu dengan Allah betapa kedilnya kita ini. Begitulah juga cabaran yang ada diluar sana, jika berpijak kepada dunia koperat sebenar, memang ada kalanya boleh membuat kita tersenyum gembira kerana memenangi hati pelanggan tetapi pelanggan juga mampu menjadikan kita pening kepala jika mereka mula "complaint" itu dan ini. Hilanglah sabar. Bukankah mereka adalah raja. Sebab itu Islam mendidik hambanya supaya banyak bersabar dan bertawakallah kepada Allah.
Apa pun, yang menang tetap menang. Tahniah kepada semua mereka yang menang!!! Yang tiada bukanlah kalah namanya tetapi berusahalah tanpa ada rasa jemu dan kenal putus asa. Kita berjumpa lagi di tahun hadapan, kembali dengan jiwa dan minda yang bersemangat baru. Tinggalkan peristiwa lama sebagai kenangan. I miss ........... you ALL.



Untuk gambar-gambar Konvensyen Nasional Ke 13 "click" Galeri Gambar sebelah kanan.