Wednesday, July 7, 2010

KRITERIA MEDANIAGA - Konvensyen PUM 2010

ANUGERAH GERAI TERBAIK

MEDANIAGA BISTARI PUM 2010

(100 MARKAH)

1. Hiasan Gerai (10 Markah)

· Bentuk hiasan gerai yang dihasilkan.

· Hiasan barangan yang dipamerkan.

· Kaedah mempamerkan produk.


2. Kebersihan Kawasan (10 Markah)

· Kawasan persekitaran tidak ada sampah.

· Barang / kotak disusun dengan rapi dan tidak berselerak.

3. Kebersihan Barangan (10 Markah)

· Bungkusan barangan yang kemas.

· Barangan yang dijual berkualiti.

4. Kekemasan / Layanan Jurujual (10 Markah)

· Pakaian yang kemas dan keseragaman pakaian jurujual.

· Kemesraan jurujual kepada pelanggan.

· Tatacara melayan pelanggan.

· Disiplin / etika semasa berniaga.

5. Persembahan Buku Jualan / Akaun Yang Sistematik (15 Markah)

· Setiap jualan direkodkan dan dikemaskini dalam buku jualan pada setiap masa/hari.

· Setiap rekod jualan disemak dan disahkan oleh pegawai yang bertugas/bertanggungjawab setiap hari.

· Setiap buku jualan dikemaskini pada setiap hari dengan menunjukkan jumlah, baki stok dan keuntungan.

6. Jumlah Jualan / Keuntungan (10 Markah)

· Nilai jualan yang tertinggi direkodkan pada hari akhir penilaian.

· Keuntungan.

· Gerai-gerai yang menyediakan harga barangan pada setiap barangan..

7. Daya Tarikan Gerai Dan Barangan (5 Markah)

· Gerai yang mempunyai sistem diskaun / tawaran.

· Cara-cara memasarkan barangan yang boleh menarik perhatian.


8. Pengurusan Tunai (10 Markah)

· Rekod pengambilan tunai sebelum memulakan perniagaan setiap hari.

· Rekod pemulangan tunai di akhir sesi perniagaan.

· Mengemaskini rekod tunai diakhir perniagaan untuk menentukan ianya ‘tally’ dengan jualan.

9. Pencapaian Sasaran Jualan / Keuntungan (20 Markah)


·Jualan harian & keuntungan harian. Dibandingkan dengan sasaran harian.


·Jualan keseluruhan & keuntungan keseluruhan. Dibandingkan dengan sasaran keseluruhan.

10. Saiz Lot Kedai

· Saiz lot kedai yang disediakan adalah 10 kaki x 10 kaki.


Gambar-gamabr di atas semasa Konvensyen Nasional PUM 2007 di lokasi yang sama.


No comments:

Post a Comment