Monday, April 7, 2008

Kursus Aplikasi ICT Multimedia 2008





Seramai 24 orang pelajar daripada 22 buah sekolah menengah di Perlis telah menyertai Kursus Aplikasi ICT Multimedia di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) , Ulu Pauh, Perlis pada 4-6 April 2008. Kursus ini diadakan dengan kerjasama tenaga pengajar berpengalaman politeknik bagi memberi pendedahan penggunaan ICT dengan cara yang betul bagi menghasilkan sesuatu bentuk laporan dan penyampaian yang lebih berkesan dan kreatif.


Dalam tempoh yang singkat pelajar-pelajar telah diajar menggunakan aplikasi Words, Excell, Power Point, Adobe Photoshop, Flash dan Internet. Dengan pengetahuan dan penguasaan ICT diharapkan pelajar-pelajar akan dapat mengaplikasikan ICT didalam Program Usahawan Muda di sekolah masing-masing. Selain itu ianya bertujuan memantapkan penguasaan ICT pelajar di dalam membuat persediaan menghadapi konvensyen negeri dan nasional Program Usahawan Muda 2008.


Salam Keusahawanan Buat Semua.

Wednesday, April 2, 2008

Kursus "Training of Trainers" Wilayah Utara 2008

Kursus TOT Wilayah Utara melibatkan empat buah negeri iaitu Perlis, Kedah, P. Pinang & Perak telah di adakan pada 28-30 Mac 2008 bertempat di Hotel Langkasuka, Kuah, Pulau Langkawi, Kedah. Kursus anjuran INSKEN dan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama keempat-empat PKEN wilayah Utara.






Objektif kursus ini ialah untuk memberi kefahaman kepada para guru pembimbing tentang peri pentingnya nilai-nilai keusahawanan di hayati dikalangan para pelajar sekolah menengah disamping mengiktiraf peranan penting yang di pikul oleh setiap guru-guru yang terlibat. Melalui pembudayaan ini dijangka lebih ramai pelajar yang akan berminat menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan setelah meninggalkan alam persekolahan. Jumlah penyertaan dari keempat-empat negeri ialah seramai 250 orang.

Sunday, March 16, 2008

BisnispuM Group

Group BisnispuM diwujudkan sebagai platform perbincangan, berkongsi maklumat, pengalaman dan isu yang sesuai dibincang dikalangan pelajar, bekas pelajar, guru pembimbing atau pegawai penasihat yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan Program Usahawan Muda. Namun demikian platform ini tidak terhad disekolah semata-mata, anda boleh mengemukakan sebarang isu untuk dibincang atau menarik perhatian kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama. Boleh juga berpeluang untuk mengiklankan maklumat perniagaan atau produk asalkan tidak sampai keterlaluan dan memboringkan kawan-kawan.

Kumpulan BisnispuM atau Group BisnispuM boleh dicapai di alamat berikut:-
http://groups.google.com/group/bisnispum

Salam
anahsak

Wednesday, March 5, 2008

Bengkel Pembubaran dan Penyediaan Laporan Syarikat (2007)


Bengkel ini memberi maklumat tentang kaedah pembubaran syarikat dan format penyediaan laporan tahunan syarikat, laporan produk, laporan perkhidmatan dan menyediakan persembahan laporan syarikat yang berkesan menggunakan kemudahan komputer serta kriteria-kritteria yang diambil kira dalam pembentangan syarikat semasa konvensyen. Bengkel telah diadakan 18-20 Jan 2008 bertempat di Putra Bukit Air Jungle Park Resort, Sg. Batu Pahat, Perlis.

Tuesday, March 4, 2008

Kursus Kecermelangan Ahli Lembaga Pengarah 2008






Pada tahun ini barisan pemimpin baru Program Usahawan Muda (PUM) telah berpeluang mengikuti Kursus Kecermelangan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat PUM di Putera Bukit Ayer Jungle Park Resort, Sg. Batu Pahat, Perlis. Kursus ini yang dianjurkan oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis dan Jabatan Pelajaran Perlis telah di adakan pada 22-24 Februari 2008. Sebanyak 24 buah sekolah menengah telah menghantar barisan pemimpin syarikat PUM masing-masing. Kursus mendedahkan kepada para peserta kaedah pelaksanaan program, pendafataran syarikat, tugas dan tanggungjawab pengurus-pengurus syarikat, pengurusan syarikat, operasi syarikat, pengurusan kewangan, penjanaan idea kreatif, penyediaan rancangan perniagaan dan simulasi persembahan laporan perniagaan.



Tuesday, May 22, 2007

Keusahawanan Remaja

Hari ini, 23 Mei 2007 blog Usahawan Perlis mula dibina. Blog ini hanya percubaan saya menggunakan blog di dalam mempelajari mengenai penggunaannya disamping berkongsi dengan sesiapa sahaja yang mungkin mempunyai minat yang sama. Perbincangan akan menjurus kepada topik keusahawanan buat permulaan ini, kerana saya sendiri bertugas di Bahagian Pembangunan Usahawan. Mungkin ramai juga kawan-kawan yang berminat dengan topik ini, jadi sama-samalah kita berbincang, berborak di dalam memberi maklumat, berkongsi idea, peluang perniagaan, bersama-sama berniaga dan berkongsi pengalaman.