Wednesday, June 23, 2010

KONVENSYEN PROGRAM USAHAWAN MUDA (PUM) PERINGKAT NASIONAL

KE 14 BERTEMPAT DI JOHOR BHARU PADA 14-17 JULAI 2010
JOHOR BHARU - Mesyuarat Konvensyen PUM Peringkat Nasional Bil. 3/2010 yang diadakan di Ansar Biz Center, Menara Ansar Johor Bharu pada 22hb Jun (Selasa) yang di Pengerusikan oleh Cik Fary Akmal Osman, Ketua Penolong Pengarah, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), MITI turut membincangkan beberapa perkara termasuk maklumbalas dari Jawatankuasa penganjuran, laporan Konvensyen PUM serta lawatan kerja ke tempat pertandingan iaitu Persada Johor dan Plaza Kotaraya.

Secara dasarnya acara yang dipertandingan adalah sama seperti konvensyen yang lalu iaitu :-
  • Anugerah Syarikat Terbaik
  • Anugerah Pengurus Terbaik
  • Anugerah Produk Terbaik
  • Anugerah Guru Pembimbing Terbaik
  • Anugerah Perkhidmatan Terbaik
  • Anugerah Pengetua Terbaik
  • Anugerah Agensi Pelaksana Terbaik

Semua PKEN negeri turut diingatkan semua laporan konvensyen peringkat negeri hendaklah dihantar ke INSKEN sebelum atau pada 25hb Jun, 2010 bagi tujuan penilaian. Pihak penganjur juga memohon senarai nama-nama pelajar, guru dan pegawai dari setiap PKEN negeri dihantar sebelum 5hb Julai 2010, bagi memudahkan kerja-kerja penempahan bilik peserta dan pegawai. Mesyuarat juga telah memutuskan seramai 26 orang pelajar dan 5 Guru Pembimbing ditetapkan bagi setiap kontinjen negeri.

Bagi konvensyen kali ini acara Kuiz Keusahawanan tidak akan diadakan sebalikya ia digantikan dengan Program Medaniaga yang akan diadakan di Plaza Kotaraya dimana setiap kontinjen akan diberi satu lot ruang niaga untuk menjalankan aktiviti perniagaan masing-masing dimana beberapa hadiah turut disediakan antaranya ialah gerai hiasan terbaik dan kutipan jualan terbanyak.
Pada kali ini para pelajar tidak ditempatkan di asrama sekolah sebaliknya para pelajar akan akan menginap di empat buah hotel berhampiran tempat pertandingan iaitu di Hotel Rasa Sayang, Hotel Tropical Inn, Hotel Selesa dan MPC Johor.