Saturday, January 2, 2010

2010 - Balik Ke Sekolah


Setelah bercuti panjang, sudah tentu ada berbagai kerenah untuk melangkah balik ke sekolah. Ada yang gembira, syok gila ~ jika berbekal dengan keputusan peperiksaan (PMR) yang cemerlang, tentu ramai juga yang sudah selesa tidur sampai lewat pagi jadi keselesaan mula terganggu, dan ramai juga yang tak sabar-sabar berjumpa rakan taulan dan guru. Maklumlah dah lama tak berjumpa tentu dah naik rindu dengan mereka. Tak kurang juga yang bimbang ke sekolah kerana terpaksa berjumpa dengan guru disiplin yang sama, kerana terlalu banyak masalah disiplin. Ada yang bertukar sekolah dan akan mula dapat rakan taulan yang baru. Sekolah baru pun ada, semua baru meja dan kerusi dll baru segala-galanya. Semuanya adalah kesah dan rasa hati pelajar bila kembali ke sekolah.

Tahun 2010 akan membuka lembaran baru bagi pelajar dengan tekad dan azam yang semuanya baru. Baik dari segi akademik mahupun kokurikulum. Dalam pelajaran, ramai yang bercita-cita mengejar keputusan yang lebih cemerlang dari dahulu dan aktiviti luar ada juga yang telah menanam hasrat untuk mewakili sekolah dan negeri ke peringkat negara. Peluang sentiasa terbuka bagi mereka yang bekerja keras, berdisiplin dan mengamalkan kerja berpasukan dalam aktiviti luar. Tanpa melupakan guru sebagai rujukan dan bimbingan dalam apa jua aktiviti masing-masing. Oleh itu, ke mana kah arah yang ingin dituju biarlah di buat persiapan awal dan rapi supaya sentiasa bersedia untuk menjulang kemenangan. Jangan sampai menjadi tabiat membuat persiapan di saat-saat akhir, kerana yang cemerlang tetap cemerlang bukan terjadi secara kebetulan. Kejayaan bukan satu kebetulan, tetapi kejayaan adalah satu pilihan. Tepuk
dada tanyalah diri masing-masing.

Selamat Bersekolah.